ツ AtenTohirah

- BLOG DALAM PROSES D MAKEUP KAN. -

Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts

Review: Skin Care products untuk Sensitive Skin!

Assalammualaikum..
Dek keboringan yang melampau dan ditambah pula dengan masa yang terluang *terluang la sangat. Assignment ada 4! haha* Aku mau share la skin care products yang aku guna sekarang. Ok. Kulit aku ni kulit sensitif + berminyak. Sangat-sangat annoying k. Menderita betul aku dengan kulit muka aku ni. haha. So, aku banyak menghabiskan masa menGoogle cleanser yang sesuai dengan kulit aku n. Pernah guna macam-macam tapi semua macam teda kesan. So aku terjumpa satu product ni. Cetaphil! yeay!


Alamak. Malas la mau rotate. Haha. Ni la muka dia. hihi


Aku suka pakai Cetaphil ni pasal dia lembuttt seja di muka. Memang sesuai dengan muka aku. Pernah try berhenti and tukar product lain tapi nda ngam.. So aku stay pakai Cetaphil. Ok sangat! Kawan-kawan aku cakap xpayah tukar cleanser lain. Harga dalam RM20+ gitu. Tapi tengok saiz dia la. Macam haritu aku beli harga RM30+ di Guardian. Besar sikit. Boleh guna banyak. Cuma itu la, sudah namanya Gentle Cleanser, kalau aku pakai bedak compact Silkygirl aritu, nda hilang ni. Huhu. Tapi itu la gunanya toner kan..


Selalunya lepas cuci muka, aku pakai toner dari product Simple ni. Dorang ni expert dalam bab-bab kulit sensitive. Sebelum pakai toner SImple ni, aku pakai toner brand lain. Tapi sekarang aku stay dengan toner dari Simple. Lepas pakai toner ni, muka rasa segar ja. Nda rasa tegang segala. 

Taraaaaa~ haha. Tengok, bukti pemakaian. haha. Lebih sebulan suda aku guna. Aritu dapat elaun terus beli lagi yang baru. hehe. Harga dalam RM15+. Beli dekat Guardian. :D

Kalau aku ada jerawat, untuk kurangkan kemerahan jerawat tu, aku pakai Nexoderm. Nexoderm ni bagus pasal dia kasi kering jerawat. Ada juga fungsi lain tapi selalunya aku pakai untuk hilangkan jerawat..Boleh beli di farmasi atau Watsons / Guardian.Harga dalam RM4++. Haritu c Eva mengadu pasal jerawat dekat hidung dia. Sudah 2 minggu jerawat tu lepak sana. Then aku suruh dia pakai Nexodem. Besoknya jerawat tu kering and sekarang kurang2 sudah. :)

Best niii...bestttt! haha. Time pakai, rasa pedas2 sikit. Minum lah air banyak-banyak untuk hilangkan kepedasan tu. LOL HAHAHAHA


For mask, aku guna Shisheido Mask. Aku guna 2 minggu sekali. Memang nampak la kan segala kekotoran di muka kita. Gelii~terutama di bahagian hidung. Aku beli dari kawan aku. RM2 sekeping. Tapi sekarang aku mau try MAsk dari Daiso pula. Nanti aku bagi review pasal mask ni.

Kalau mau jimat, satu paket ni boleh pakai 2-3 kali. Tapi ada orang cakap, kalau mau kesan yang lebih ok, pakai tebal-tebal. Kalau aku selalu sepaket ni boleh pakai dua kali..

Aku baru beli ni. Review aku baca setakat ni Ok. Nda sabar mau try nanti! :D


Minggu lepas aku beli satu lagi product dari Simple. Aku pakai ni sebelum letak toner. hihi. Best.. Muka rasa lembab.. *perasan~*

Ada orang pakai ni sebagai make-up remover. Mungkin itu la fungsi dia. Hahahaha... Aku main pakai ja ni. Tapi ok..so aku akan teruskan memakai. hihi. Harga? Lupa pla berapa..hihi

So, basically simple ja cara aku jaga muka. Muka aku nda la flawless and suci dari parut jerawat. Tapi sekarang muka aku ok sikit suda. ^^ Mungkin ambil masa untuk sembuh, tapi ndapa. At least sekarang muka nda la teruk macam dulu. Yang penting, kamu mesti tahu jenis muka kamu macam mana and cari products yang sesuai. Terpaksa try and error. macam aku. hii.


P/S: apa produk untuk kasi kecil pori? T_____________T

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

I HATE U, MAMA, ABAH!!!

Assalammualaikum...
Pernahka kamu berada di satu situasi yang mana kamu rasa annoyed atau merajuk dengan mama abah kamu? Mustahil nda kan? Aku pernah ok.. *jujur tak kak ton?* haha.. Ampun ma~

Biasa la tu kan. Kadang-kadang rasa annoyed terutama bila kena bebel. Hihi. Rasa macam mau merayu ja sama dorang supaya berhenti. Kan? Aku ni kadang-kadang pandai juga merajuk dengan mama and abah. Merajuk la sangat. Hihi. Bila aku merajuk, selalunya aku diam ja. Kalau dorang bercakap dengan aku, sepatah-sepatah ja aku jawab walaupun time tu dorang beriya-iya mau bawa aku bercerita. Sobsss..durhaka kau ten! *tampar muka sendiri*

Well, selalunya bila aku merajuk dan bermonolog seorang diri dalam hati *macam wayang di tv tu~ihihi* aku akan terfikir baaaaaaanyak benda. Then rajuk aku tu hilang. Ego tu jangan cakap la. Manusia macam aku, walaupun perempuan and ego aku nda setinggi kaum adam *teeettttt!*, ego tu tetap ada. Haha. Jadi memang payah la. Hati aku berlawan sama ego.

Bila aku merajuk sama dorang and protes ndamau tercakap, peristiwa ni selalu terimbas balik di fikiran aku..

*Imbas semula* 2011..
Time semester 1 Ppismp, aku berkawan sama sorang ni. Kawan biasa. Kami selalu share cerita. Bapa dia suda meninggal dunia. Kesian kan. Hurm. Tolong sedekahkan alFatihah ya sebelum sambung baca yep.
Ok, mekasih. ^^
Kita sambung balik. Ada satu benda yang dia cakap dengan aku dan benda tu selalu muncul di saat-saat aku merajuk dengan mama abah aku. Dia cakap, dia menyesal pasal nda bercerita sama arwah bapa dia time malam sebelum bapa dia meninggal. Dia cakap kalau dia tahu bapa dia meninggal keesokan hari tu, dia akan dengar cerita bapa dia...

*masa sekarang* 2013...
So, setiap kali aku merajuk, aku akan cuba tolak ke tepi rajuk aku tu. Aku lawan ego aku. Apa hak aku untuk merajuk sama mama abah aku? Pasal dorang nda bagi apa yang aku mau? Aku bagi ka apa yang dorang mau? Atau pasal dorang nda dengar apa yang aku cakap? Apa hak aku? Kan anak yang patut dengar cakap mama abah. Manada kena cakap mama abah yang kena dengar cakap anak. Syurga di bawah tapak kaki mama. Bukan kaki kita, kaki lima atau kaki bangku *offside*. Point dia di sini, apa hak aku mau merajuk sama dorang?

Ya..ya..mungkin ada perbuatan dorang yang buat kita terasa. Tapi dorang pun manusia. Buat salah. Kena ingat tu. Tolak ego tu. Jangan pasal ego, hubungan kita dengan mama abah berantakan. ALLAH marah. Kalau teda mama abah, kita ndakan lahir di dunia. Apa? Kau nda minta dilahirkan sebagai anak dorang? Jadi kalau kau jadi anak orang lain, kau rasa dia gembira and boleh bersabar dengan karenah kau?

Aku tengok budak-budak zaman sekarang, bila bergaduh sama mama abah, terus post-post di laman sosial. Amboi. Ayat aku~haha. Ehem. Tu la. Cakap mama abah dia itu ini la. Bla.bla..bla…la. Weyh, apa perasaan kau kalau anak kau buat benda yang sama dengan kau? Salah mama abah diheboh-heboh. Salah sendiri dikasi tapuk. GOOD! Anak yang mithali~ *sarcastic*.

Eh..ayat aku macam orang yang tengah ngencang pula. Hihi. Sorry..

Nda la ba. Macam mana buruk pun family kau, dorang tetap family kau. Darah dalam badan kamu tu sama. Jangan la gitu. Ok bebeh? Ni nda. Nda cukup dengan tu, sampai lari dari rumah lagi amboi. Time mama abah kau marah kau, ad aka dorang lari dari rumah? Teda kan? Pasal tu rumah dorang. Yang patut lari tu kau. Eh. Hahahahaha..

Sudah gitu, bila ditegur..cakap kunun "Aku sudah besar!" Aku ndamau ulas banyak-banyak pasal ni. Baca quotes di bawah and nilai sendiri..



So kawan-kawan. Pendek kata..panjang kata..ketepikan ego bila benda tu boleh rosakkan hubungan kau dengan mama abah kau. Hargai lah dorang. Jangan sampai dorang suda terbujur kaku, baru kau minta ampun segala. Penatnya mama kau mengandung kau 9 bulan, penatnya abah kau cari nafkah. Kalau dorang ada buat silap, ndapa. Maafkan. Tegur. Kekasih kau buat silap boleh pula kau kasi maaf..dorang buat silap boleh pula kau terima..jadi kenapa nda buat benda yang sama dengan mama abah kau? KAn?






P/s: Tajuk tu Cuma untuk menarik perhatian kamu untuk baca entry ni. Aku nda benci mama abah aku. Aku 
sayang darab cinta sama dorg. *hug2*

P/s 2: Ayat aku ada yang agak skema ya..abaikan. dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Melayu boleh!


P/s 3: hehe. Teda baaaaa. Babai!

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Biar manja jangan derhaka.

Assalammualaikum.. (entry ini telah berkubang selama beberapa minggu di lappy)
Rajin pula aku update blog kebelakangan ni kan? Hehe. Time-time mau dekat exam ni la pula datang rajin mau buat entry. Hihi..

Sekarang study week and instead of study di hostel, aku study di rumah. Lebih selesa. Aku ni bukannya jenis study group punya orang. Aku suka suasana yang sunyi and selesa. Kalau di bilik, bukan la nda selesa, Cuma..kurang selesa kot.masing-masing ada cara belajar yang sendiri kan.. Oh ya. Aku ni boleh dikatakan setiap minggu pulang rumah kecuali ada aktiviti asrama. Tapi kadang-kadang aku nda kisah pun. Selalunya aktiviti hari sabtu kan. So abis aktiviti tu aku pulang la rumah. Ahadnya aku pulang la balik p hostel. Hoho. Bukan jauh sangat pun. Lebih kurang 45km gitu ja pun..

Sebenarnya, aku rajin pulang rumah pasal aku mau spend masa dengan family. Dulu time sekolah, nda sabar ni mau tinggal jauh dari family. Biasalah. Kalau di rumah ni kena leter la..kena suruh buat kerja rumah..  haha…tapi bila sudah tinggal jauh dari family, baru rasa sunyi..

Aku rasa ni la peluang aku manja-manja dengan parent aku sebelum aku kawen. Hihi. Kamu mau tau, mama selalu suruh aku cabutkan uban dia. Dari aku sekolah rendah sampai la sekarang. Hehe. Asal ja aku pulang rumah, tu la benda pertama mama suruh buat. Kadang-kadang Nadia yang cari Cuma Nadia ni cepat penat..aku kadang-kadang sejam juga la belek-belek rambut mama tu.haha..Satu benda yang buat aku sedih, kalau dulu, susah mau cari uban mama. Sangat susah. Muda kan.. tapi sekarang, senang ja jumpa uban mama. Tengok sini, eh ada uban. Tengok sana, eh uban lagi..

Sebagai anak kan, aku rasa sedih la. Makin berumur pula mama aku ni. :’( Mama nda la tua mana Baru 45tahun. Tapi still, aku rasa sedih la.haha. dengan umur begitu, mama patut rehat. Nda payah kerja sampai malam. Jam 5 begitu boleh sudah balik. Tapi instead of balik awal and berehat, mama pilih untuk kerja lebih masa. Sudah la kerja mama tu susah. Aku selalu la marah.. “tiada orang lain ka boleh buat?” “kenapa mama ja yang kena suruh buat?” tapi mama punya jawapan, jawapan yang redha ja.. “Apa boleh buat. Suda kerja mama. Belajar la kamu bagus-bagus supaya kamu nda jadi kuli macam mama”. Walaupun aku ni ganas, haha…tapi dalam hati ada taman permainan tau nda? Sedih dengar mama cakap gitu. Mama kerja kerani. Tapi banyak betul kerja. Kadang-kadang mama bawa pulang rumah. Aku tolong la sikit-sikit. Tapi anaknya ni cincai. Kalau buat kerja nta papa jadi. Haha..

Mama kerja 6 hari seminggu. Sudah penat d ofis, pulang rumah kena masak lagi..cuci kain lagi..jaga anak buah aku c Danish lagi.. Kesian mama..

Jadi selalunya hujung minggu aku pulang, aku tolong la cuci kain ka..kemas rumah..ala, kerja biasa yang budak pompuan kena buat. Haha. Kecuali memasak bab tu aku failed. Haha.
Semalam aku cari-cari uban mama…terus mama cakap, dia penat d ofis..jdi bila di rumah mau juga kena layan macam di spa. Haha. Dia suruh aku belajar cuci muka macam di salon tu. Nanti aku belajar. Hihi.
Bukan mama ja yang penat untuk cari duit untuk kami. Abah pun sama. Abah ulang-alik naik kereta dari Papar p KK. Lebih kurang 90km la pulang balik. Pegi keja awal pagi. Pulang pula malam. Jam 8 lebih. Aku pernah ikut abah sekali. Pegi hostel pagi and pulang petang. Walaupun aku penumpang, aku rasa penat juga. Tu baru sehari. Abah bertahun-tahun suda drive gitu pergi keja. :’( Tapi bila sampai rumah, abah masih bleh layan Danish bermain.. Kalau dikira dengan jari, berapa jam ja masa abah untuk berehat?

Macam keluarga yang normal, ada masalah kadang-kadang yang kita nda dapat elak. Aku pernah bergaduh dengan mama pasal aku nda dapat pegi UiTM Kedah untuk amik asasi law. Aku ndatau apa difikiran aku time tu. Aku kecewa pasal jadi peguam memang cita-cita aku. Undang-undang memang minat aku. Abah nda marah. Cuma satu benda ja dia cakap.. 

“Abah minta maaf pasal nda dapat hantar kau belajar undang-undang”. 

Sedih betul aku time tu. Kenapa juga aku pentingkan diri time tu? Ya, dorang mampu hantar aku p sana. Boleh bagi aku belanja. Aku mungkin senang hati dapat belajar law. Tapi yang kerja lebih masa..yang perah keringat untuk tanggung belanja aku seiapa? Mama and abah. Sedangkan aku ada adik-adik yang masih belajar bawah aku. Kenapa time tu aku nda piker tu and kasi sakit hati mama abah aku? T_______T
Kadang-kadang, aku ndamau berjoli d KK. Haha. Pasal tugas aku untuk belajar. Enjoy enjoy juga. Tapi kena ada had. Kadang-kadang time berjoli aku teringat mama abah yang time tu mesti tengah buat kerja walaupun penat. Anak dia pula pergi berjoli. Durhaka betul! Mama abah penat cari duit, kau senang-senang tabor duit. *tarik telinga sendiri*


Salah satu sebab kenapa aku masuk IPG pasal tu harapan mama abah aku. Untuk aku jadi cikgu. Aku applied dua kali. Tahun 2010 sama 2011. Kedua kali baru aku dapat. Menangis aku sama mama berpeluk time aku dapat IPG. Walaupun aku nda la 100% rela hati masuk IPG, tapi aku tengok mama abah bangga ja cerita sama kawan-kawan pasal aku and adik-adik aku. Jadi bagi aku, ndapa la tu. Hoho..

Bila tengok mama abah kerja penat-penat, aku cakap dengan diri aku sendiri.. “5 tahun akan datang, mama abah ndakan penat begini. Mama sama abah nda payah kerja lebih masa untuk tanggung kami. Aku akan buat mama and abah senang. Tunggu ja. Nda lama lagi aku habis belajar..” wah. Bermonolog sendiri. Pengaruh cerita indon la ni. Ishish..

Family kami ne sederhana hidupnya. haha. Sedang-sedang. Tapi aku mau buat mama abah senang. Bkan dari aspek material semata.. esehh.. haha. Aku mau belajar bagus-bagus. Graduate dengan cemerlang. Mau buat mama abah menangis bangga tengok aku genggam ijazah di tangan. 

That is why, aku nda kisah pulang setiap hujung minggu..aku nda kisah kena cakap anak manja ka apa.. aku Cuma mau spend masa dengan family aku. Walaupun kadang-kadang kena marah-marah, tapi biar la. Kena marah untuk jadi orang yang berguna kan?


Ok la. Panjang pula entry aku kali nie. Mau sambung study ni… hihi. Doakan aku dapat keputusan yang ok-ok untuk exam aku ni yep.. TTFN, Ta ta for nowww~ *lambai-lambai sambil lap air mata*

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Berubah

Assalammualaikum.. :)
Tadi, tengah baring-baring sambil buat nota, aku terasa macam mau tulis entry pula.. Tadi aku blogwalking la dengan happynya, then aku sedar, cara aku menulis entry aku ni mungkin siok dibaca oleh aku sendiri, tapi orang lain? sudahlah aku menulis macam aku bercakap, ayat pula ntah apa-apa.. Pembaca blog aku mungkin bukan dari Sabah ja. So aku decide untuk ubah cara aku menulis.

Nope. Bukannya aku nda hargai bahasa Sabah ka apa, tapi aku ndamau blog aku ni jadi tempat aku syok sendiri.. *padahal memang syok sendiri*. Tapi at least aku mau tunjukkan kematangan dalam penulisan aku ni. Matang sikit pun ndapa. Asalkan ada. hihi

So, lepas ni entry aku akan berbentuk beginilah. haha. aku pun mau kurangkan tulis entry yang merapu-rapa ni. Bila baca balik, rasa bengong pula. Tapi ndapa. Aku ndakan padam entry lama tu. Bukti yang aku ni bengong dulu.. *and mungkin sekarang..tapi akan dikawal. ihihi*

Aku mau, bila orang baca entry aku dorang akan dapat sesuatu. dapat ilmu ka..apa ka..rasa menyampah ka..ndapa. yang penting dorang rasa sesuatu. hihi

Ok. Tue ja.
Welcome to new Aten! :D
✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Jum buat Teddy Bear guna Kain Sarung!

Assalammualaikum! Sempena tahun baru ne, aku berazam untuk menulis blog dengan skema sikit sikit ja.. lama2 nanti jadilah bukit..
 So..aku mau buat entry yang special memandangkan entry ne adalah entry yang pertama untuk tahun ne. Aku mau share dengan kamu cara buat teddy bear sendiri di rumah.. Cuma guna barang2 yang ada di sekeliling kamu ja. Simple tapi comel. :) Tidak..jangan dulu ucap TQ ka apa ma aku pasal share benda ne..kalau kamu suda dapat buat, barula kamu say TQ ok?.. Tapi kena janji la yang uolls ndakan maki iollss.. bole?.. pinky promise?? *muka gedik*

Baiklah!
Tanpa membuang masa..jum kita terjah macam mana mau buat tutorial menggunakan kain sarung.. :D

Bahan-bahan:

Sehelai kain sarung (PERHATIAN! Jangan curi mama atau kakak / adik perempuan kamu punya kain sarung k?) and keronsang bunga (sebagai aksesori tue bear.. kamu ingat kamu ja yang mau b'lawa2? Teddy Bear pun mau oke!)

STEP 1
  
Korang bentangkan kain sarung tue d lantai. tamau di lantai? ok. d meja pun boleh...ikut suka hati kamu la..haha

STEP 2
 
 Pastu kamu gulung ar tue kain..err..,macam mau cakap ne..kamu gulung hujung kain sebelah kiri tue.. Jangan gulung sampai habis..bukannya kamu mau buat popia pun ne..haha..agak2 la..sampai tengah tue kain. kasi sama rata dia,,


STEP 3
TADAAA! Ini la Teddy Bear versi kain sarung! aahaha.. hell no~ Pas kamu gulung kedua-dua bahagian tue, dia akan jadi macam ne. iras2 menara berkembar petronas gitu..kan? hahaha

STEP 4
 Then kamu buat gini dekat hujung tu kain..jangan buka terlalu besar..agak2 ja la..kalau boleh jangan lebih separuh pasal ne akan membentuk tangan Teddy Bear kamu tue. :)

STEP 5
Lepas tue, kamu bawa dia ke depan..ke depan sepa? kamu? aku?.. tidaktidak..ke depan tue bear..errr...apa ba aku merapu ne..tapi yalah..kamu tarik ja dia p depan..

 STEP 6
 
Sama juga macam tadi, kamu tarik yang satu lagi ke depan..jadi dia akan berada di atas yang satu tue..yang awal2 kena kasi taru di depan tue..paam?.. haha

 LAST STEP! Yahoooo~
Bahagian tangan tue, kamu kasi silang di bawah lepas tue tarikkk!!!


 *bunyi drummmm~*
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

TEDDY BEAR VERSI KAIN SARUNG DA SIAPP!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Aku namakan dia..
TEDDY BEAR YANG DIPERBUAT DARIPADA KAIN! (TBYDDK)
wahh... :') kreatifnya aku..unik ne nama kan? di mana kamu mau jumpa~neh..
Ohya..
Jangan lupa pin keronsang bunga tu dibahagian kepala dia oke? Supaya ada feel ala-ala Perempuan Melayu terakhir gtu.. kalau kamu suda buat, kamu nampak tue mana satu kepala dia.. xD xD 
kalau mau buat versi lelaki ble juga..letak ja la janggut ka..buat halkum ka.. bergantung dengan kreativiti masing2.. haha


COMEL KANNN??! Apaa?? Nda??! Actually mama yang ajar ne.. Mama cakap, dulu mama hidup susah..nda mampu mau beli patung2 segala..jadi "teddy bear" *tahan ketawa* ne la yang jadi mainan mama dulu.. Macam Teddy bear kann?.. Auni cakap ne macam patung voodoo and macam ayam turki.. -..- Benda ne comel oke?... Abstrak..  huh~ *buat muka sombong*

Lepas ne, nda payah la kamu susah2 beli teddy bear lagi.. Kan boleh buat sendiri?.. xD


  
See? Nda jauh beza pun dorang dua orang... xP
SELAMAT MEMBUAT TEDDY BEAR! LOLOLOLOLOL~~


✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

10 NOV: Giliran aku naek pelamin. :)

Assalammualaikum.. :)
Sekarang ne kami tengah study week.. Lusa ne start suda paper.. LDS.. Tapi aku belum lagi ada niat untuk belajar. Bukan malas, tapi nervous..
Umur 20 ne kira dewasa la suda kan? Ada la 2-3 orang kawan aku yang suda pun kawen and ada anak. :') Macam nda percaya ja pasal macam baru ja kemaren men d lopak sama dorang..maen tangkap2 berudu di kolam sekolah.. huhu Sekarang dorang jadi mama n bini orang suda. huahuahua... Tadi petang kawan aku bertunang tapi aku nda tau pun.. Rupanya aku kena jemput via FB ja. -__- Mana aku ada on9.. Sobss.. Tapi nda pa, t bulan 12 dia kawen aku datang la..hehe

Oh ya. Bercakap pasal dorang, aku pun naik pelamin bulan ne. :D Belum ada baju lagi. hurm. Pakai baju raya ja ble?.. Hehe.. Nervous ne..suda la jerawat d muka ne sedang menari tarian tiang berkelah d muka.  Last2 minta mama beli bedak sejuk + kayu manis kemarin tuk kasi hilang jerawat ne. Pedihnya tuhan ja yang tau tapi nda kan la aku mau naek atas pelamin dengan muka yang berjerawat kan??... Malu la. hahaha

Aku naek pelamin ne dengan Mohd Ariffin bin Basni atau nama manjanya Ipin.. Kamu kenal ka? Nda kan. Haha. Sepa kenal? Kami suda berkawan dari sekolah rendah.. Dari darjah satu u ols.. auww.. Sweet kan?..haha... Sweet la sangat! Aku rasa nanti memang ketawa ja aku atas pelamin tue..apa lagi time tengok muka dia...



But..Aku naek pelamin bukan sebagai pengantin oke? AKu pengapit jeee.. ahahhaha... Jadi pengapit my Bff, Noradilla Jasri... :'D Ipin pla jadi pengapit kazen aku c Azri.. weeeee~! Ipin buka NF aku n nda mungkin jadi BF aku oke? Kami ne kira b'genk la..tapi bukan kami berempat je uols.. ramai.....~~ Selalunya kalau time raya dengan dorang la aku keluar. Kamu semua kawan dari skul rendah lagi. hewhewhew...

Rsa macam mimpi ja... Nda sangka dorang kawen. Tapi diela bilang aritu mau buat majlis kawen sama2.. :\ Buyuknya dia duluan... sobsss.. Tapi nda pa la.. Jodoh kan.. Aku tunggu ja lagi ne..Mungkin.. 5 tahun lagi?.. :D Aminnn..haha..sal mama nda jua suh aku kawen lambat.. Dia bilang kawen awal pasal lama mau mengandung lagi..beranak lagi...waahh~ Advance ba mama. xD

Pastu dengar2 ada jua kawan lama kami kawen tarikh yang sama.. Amin Jaafar.. ;D Au..kecik2 dulu dia ada bagi aku keronsang yang diletak dalam kotak Fair n Lovely. XD Muahahaha.. Mau pergi jugaaaa.. Tapi kalau tarikh yang sama..susah juga tue kan?  hurrmmmm...

Bila tengok kawan aku banyak yang kawen...baru aku sedar yang aku bukan budak lagi..umur 20 suda... Ble suda jadi bini n mama orang. Tapi aku sendiri belum sedia. Kalau suda sedia pun mana kena bagi. ;p hehehe.. Nda la ba.. Kalau ble biar aku habis belajar dulu ka..atau hampir habis belajar ka..lalala~ hehe. Jodoh nda ke mana kan?.. Kumpul duit dulu supaya senang. ngeee....

Oke la. Tue ja aku mau tulis. Mau belajar suda ne. Kunun la. ;D
Excited mau tengok dorang naek pelamin... heheeeee...

SELAMAT PENGANTIN BARU SEMUA!!!!

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Ceritera Raya..


Assalammualaikum..
Apa kabar? Did u miss me? Did u??... *sambil buat muka puppy yg comel*
Haha. Masi lagi mood raya ne walaupun kuliah start suda. Tapi ada aten kesah? Haha. So, arini mau share la ceta time raya. Mau baca? Mau? Kekeke..

Raya Pertama.
Malas betol mau bangun. Mau beraya sambil baring buleh? :p Lepas mandi n pakai baju baru, duduk-duduk d ruang tamu sambil tunggu dorang abah balik dari masjid. HAHA. Pas sesi salam menyalami, gerak p studio tuk bergambar. Perhh.. Ramai juga orang p bergambar aritu. Mula2 aku and adik2 pose yang skema. Ala..yang duduk tegak~senyum control.. Last2 Syukri fed up, dia buat pose peace. Mama bising d bawah pasal orang nda bergambar begitu d studio. Aku pun teransang tuk buat benda yang sama. Last2 semua kami adik beradik buat pose peace. HAHA.
Lepas tue gerak p rumah mak tua. Stay sana sampai petang. Pulang rumah terus tidur. Malam nda ikut beraya sal mata sakit. :’D

Raya kedua.
Sepatutnya ikut dorang abah pegi melawat kubur. Tapi ubah fikiran saat-saat akhir. Mama suh bangun, aku pura-pura nda dengar. Last-last aku cakap, aku malas mau pegi. HAHA. Ya. Rasa durhaka. Memang mau melawat kubur nenek n atuk tapi tue la..ikut nafsu mata sangat. Ambek kau. HAHA. Bangun dari tidur pun pasal kena suh. Time keluar bilik, ada adik-adik aku sana. Baru pulang dari kubur. 

Me: *keluar p ruang tamu sambil gosok-gosok mata*
Aslam: Tin, nenek kirim salam.
Me: eeeee!!!
Nadia: Nenek cakap jangan terlampau tidur..hahaha
Me: eeee…apa bha neeeee~ >0<

FYI, nenek yang dorang maksudkan of course la arwah nenek aku yang meninggal tahun lepas. Sangat gila kan mereka. -_-“
Then kami beraya p rumah echa…p rumah awean d Kepayan Ridge..n rumah saudara d Tebobon. Pulang jam 9 malam. Dorang awean joined p papar. Maen mercun and bunga api. Actually, aku tukang tengok ja la sambil tutup-tutup telinga. Tatuttt….hoho.

Raya ketiga.
Sudah jadi tradisi untuk kami…ex classmates 5A 2009 N genk bebudak 3B 2007 beraya sama-sama pada Raya Ketiga. Hoho. Kumpul d lebri  Papar.. *jangan tanya knapa kumpul d lebri. Haha* n gerak p rumah ketua kelas kami time form 5..Syafiq~! Hihi. Dari sana, gerak pegi rumah guru kelas kami dulu, Cikgu Safnah, baru pegi rumah Deen, Rapi, Ain.. Zohor d masjid Papar n Asar d masjid..err..Kg Kuala. Eh. Yaka?? Haha. Lupa.
Dari papar gerak p Pengalat Kecil, p ruma kawan yang suda menghilang selama 2 taun, Azmi. Hehe. Mamam soto sana. Excited la jumpa dia. Lagi2 c fara. Haha. N rumah last, p rumah Tieqa. Comel la dia. Dia ne comel saiznya. Kecik ja. So sebelum pulang, kami besalam..

Tieqa: Ten, kurusnya kau. Makan vitamin bha. Nda apa-apa tue….
Me: Haha. Ok. Kau makan calci yumm. Supaya aku gemuk and kau pla jadi tinggi. >:D

Ya. Jaat kan aku? Kekekekekkee…
Sampai rumah time maghrib. Penat gila babeng.. Tuhan ja yang tau. Huhu. Tapi ada janji lagi dengan Diela tuk p rumah kawan2 skola rendah dulu… So aku kuatkan ati ja la..haha.. Mandi2.. Lepas isya gerak p rumah ND.. Dari sana terus p rumah ustazah kami time skola rendah..then pegi rumah Ieda..last pegi rumah Adeq.. Hoho

Ok. Tue ja. Penat aku. Nanti la lagi. haha

Posing2 d rumah c munie.. woho...
FYI...Fara n Ain ne bakal cikgu juga,..hoho..teka la mana satu dorang..hoho

Tahun2 mmg kami berlima ja la pompuan yang join..yang lain jarang.. kami 5 ne muka yang wajib la..haha..lelaki pla memang dorang2 ne la.. cuma c Deen teda time ne.. ia baru bangun.. -.- HAHA


✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Kehidupan d Gaya.. (2012)

Assalammualaikum..
Tadi tengah tengok2 gambar d Facebook, ternampak pla picture ne..

Nie b'gambar time School Visit.. First time jumpa murid2.. First time dpanggil 'Teacher'.. :'D
Time rehat makan sama2..share cerita ma dorang.. Waktu mau ambil gambar ne, ada dua org murid lelaki mau duduk sebelah aku.. Aw.. Terasa hot diri ini! HAHA... XD

Aha! Inilah members aku.. Actually, School Visit ne salah satu aktiviti dalam Language Camp. Wohoo! Aku dapat members yg mantop! Kami juara keseluruhan time camp tue.. Wehee!

Waktu Welcoming Junior Party.. Nda sangka, senior suda aku rupanya..lalala~ haha
Tengok, posing dengan bangga ya aku d sana.. PEACE! wahaaa.. Tudung hitam tue room8 aku..



TESL Night~ wee.. Ahaaa.. Ne la antara classmates aku.. ^^ Sorry la. Muka aku agak besar ya dalam gambar ne..kekeke..


Ok. Tue ja. Ahahaha... ^^ Nanti aku update lagi..lalala

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Bila Aten Jatuh Cinta..

Assalammualaikum..
Kamu pernah jatuh cinta nda? Best kan rasa dya?.. Selama aku d IPG, 2 kali aku jatuh cinta. Tapi dengan dua benda yang berbeza. Benda? HAHA

Time sem 2, Gerko aku Bola Jaring. Tensen time tau sal aku nda suka bola jaring. I mean come on.. Takleh gerak2 kaki la..apa la.. Kaki aku ne laen sket.. Antara semua anggota badan aku, kaki aku la paling aktif. Haha. Jadi mengenangkan keadaan kaki aku, aku jadi sedih. Aku mula2 xmau maen bola jarring. Benci!! Merungut seja. Tapi lama2, aku mula suka ne game.. Walaupun xleh la melompat selalu, tp ada la juga part2 melompat.. Aku suka jd WD / WA. Ngee..

Cinta aku sama bola jarring makin mekar setiap minggu. *lalala~haha* 
Bila lecturer suh maen, semangat aku! Kadang2 kena suruh ganti pun aku ndamau. Heuheuheu.. Nda sangka. Cinta kami terputus dipertengahan jalan. Cinta kami nda direstui pihak IPG..

Masuk sem 3, aku dapat Volleyball. Arggghhhhh! Ne lagi teruk! Mana dapat lompat2 beb.. Tensen aku.. Aku lagi memang lemah ne.. Tangan aku ne bukan aktif mana. Ngee…


So.. Bermula lah liku2 hidup aku yang penuh onak dan duri. Aku selalu curi2 tengok ‘bola jaring’.. Kesian.. Kami saling merindui. Hahah… Tapi bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Berkenal2lah dulu.. So aku pun berkenalan dengan ‘Volleyball’.

Nda sangka aku ble suka ne game.hihi. Syok jooo…. HAHA. Semangat aku tadi maen sorang2. Aku mau in the end of this semester, aku at least dapat servis la.

Cerita aku dan bola jaring aku, aku simpan dalam hati. Zzzz…haha… Life must go on! Ya nda? ngeee
So.. itu ja aku mau share. Nda kenal maka nda cinta. Kadang2 kita mesti cuba benda baru untuk improve diri kita and gembirakan diri kita. Kalau kita asyik stay dlm comfort zone kita, kita ndakan ke mana. (:

Tadi time men,x rasa sangat sakit dya. Skrg jari start suda biru. Kekeke. Sakit? Eya. Tp cinta kan memerlukan pengorbanan. Muahaha

Bila bceta sal cinta, t'engat kekasih jauh nun d negara orang... HAHA
LOVE U TAEMIN.




✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Officially 20. :)

Assalammualaikum.. :)
Kemaren... bersamaan 14 July, genaplah umur aku 20 tahun. hee..
Macam nda percaya ja aku 20 tahun suda.. :')

Sebelum tue, aku mau ucapkan thanks la kepada mereka yang telah wish kemaren..
Mekaseh sal ingat besday aku.. sobss...
Honestly, aku tertunggu2 la juga SMS or wallpost wish besday aku oleh 'mereka'.
Sampai tengah malam aku tunggu..
Tapi yalah, mungkin dorang bz kan?
Nda wish nda semestinya nda ingat.. hee

Aku nda celebrate sangat pun besday tahun ne..
Yalah, tua suda kan.. :p
Tapi yang happynya, kazen dari KK p rumah..and kami buat kek sama2..
Ok..aku lebih banyak tengok daripada menolong..
HAHA
Tapi lantak lah kan...haha
Kitorang buat kek coklat yang men kukus~
Sedap3!

Then makan ramai2...hoho
Lilin2 teda la tapi aku tetap happy...
Kiranya kek tue untuk aku and adik aku c Aslam la..
Sal dya pun besday bulan 7...

Best la dapat kumpul and ceta2 ma dorang...
Rasa terharu jua la sal dorang watkan aku kek.. :')

Aku harap, bila umur aku 20 ne, aku makin matang la dalam menilai erti kehidupan..
Semoga aku tabah dalam menjalani onak duri dan liku-liku kehidupan...
*Ambek kaw..ayat novel! HAHA*

Ok. Tue ja. K bai. He..

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Hai hai hai

Assalammualaikum.. ^^
Ne blog baru aku..
Ada masalah yang nda dapat dielakkan d blog lama 
Sepa yang follow aku dulu, follow aku d blog ne ya~ ngeee
Tolong ya..
Mekaseh n Lebiu.. heee

Terima la persembahan tarian ini sebagai tanda terima kasih.. :p




✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...