ツ AtenTohirah

- BLOG DALAM PROSES D MAKEUP KAN. -

Showing posts with label Share2. Show all posts
Showing posts with label Share2. Show all posts

Review: Skin Care products untuk Sensitive Skin!

Assalammualaikum..
Dek keboringan yang melampau dan ditambah pula dengan masa yang terluang *terluang la sangat. Assignment ada 4! haha* Aku mau share la skin care products yang aku guna sekarang. Ok. Kulit aku ni kulit sensitif + berminyak. Sangat-sangat annoying k. Menderita betul aku dengan kulit muka aku ni. haha. So, aku banyak menghabiskan masa menGoogle cleanser yang sesuai dengan kulit aku n. Pernah guna macam-macam tapi semua macam teda kesan. So aku terjumpa satu product ni. Cetaphil! yeay!


Alamak. Malas la mau rotate. Haha. Ni la muka dia. hihi


Aku suka pakai Cetaphil ni pasal dia lembuttt seja di muka. Memang sesuai dengan muka aku. Pernah try berhenti and tukar product lain tapi nda ngam.. So aku stay pakai Cetaphil. Ok sangat! Kawan-kawan aku cakap xpayah tukar cleanser lain. Harga dalam RM20+ gitu. Tapi tengok saiz dia la. Macam haritu aku beli harga RM30+ di Guardian. Besar sikit. Boleh guna banyak. Cuma itu la, sudah namanya Gentle Cleanser, kalau aku pakai bedak compact Silkygirl aritu, nda hilang ni. Huhu. Tapi itu la gunanya toner kan..


Selalunya lepas cuci muka, aku pakai toner dari product Simple ni. Dorang ni expert dalam bab-bab kulit sensitive. Sebelum pakai toner SImple ni, aku pakai toner brand lain. Tapi sekarang aku stay dengan toner dari Simple. Lepas pakai toner ni, muka rasa segar ja. Nda rasa tegang segala. 

Taraaaaa~ haha. Tengok, bukti pemakaian. haha. Lebih sebulan suda aku guna. Aritu dapat elaun terus beli lagi yang baru. hehe. Harga dalam RM15+. Beli dekat Guardian. :D

Kalau aku ada jerawat, untuk kurangkan kemerahan jerawat tu, aku pakai Nexoderm. Nexoderm ni bagus pasal dia kasi kering jerawat. Ada juga fungsi lain tapi selalunya aku pakai untuk hilangkan jerawat..Boleh beli di farmasi atau Watsons / Guardian.Harga dalam RM4++. Haritu c Eva mengadu pasal jerawat dekat hidung dia. Sudah 2 minggu jerawat tu lepak sana. Then aku suruh dia pakai Nexodem. Besoknya jerawat tu kering and sekarang kurang2 sudah. :)

Best niii...bestttt! haha. Time pakai, rasa pedas2 sikit. Minum lah air banyak-banyak untuk hilangkan kepedasan tu. LOL HAHAHAHA


For mask, aku guna Shisheido Mask. Aku guna 2 minggu sekali. Memang nampak la kan segala kekotoran di muka kita. Gelii~terutama di bahagian hidung. Aku beli dari kawan aku. RM2 sekeping. Tapi sekarang aku mau try MAsk dari Daiso pula. Nanti aku bagi review pasal mask ni.

Kalau mau jimat, satu paket ni boleh pakai 2-3 kali. Tapi ada orang cakap, kalau mau kesan yang lebih ok, pakai tebal-tebal. Kalau aku selalu sepaket ni boleh pakai dua kali..

Aku baru beli ni. Review aku baca setakat ni Ok. Nda sabar mau try nanti! :D


Minggu lepas aku beli satu lagi product dari Simple. Aku pakai ni sebelum letak toner. hihi. Best.. Muka rasa lembab.. *perasan~*

Ada orang pakai ni sebagai make-up remover. Mungkin itu la fungsi dia. Hahahaha... Aku main pakai ja ni. Tapi ok..so aku akan teruskan memakai. hihi. Harga? Lupa pla berapa..hihi

So, basically simple ja cara aku jaga muka. Muka aku nda la flawless and suci dari parut jerawat. Tapi sekarang muka aku ok sikit suda. ^^ Mungkin ambil masa untuk sembuh, tapi ndapa. At least sekarang muka nda la teruk macam dulu. Yang penting, kamu mesti tahu jenis muka kamu macam mana and cari products yang sesuai. Terpaksa try and error. macam aku. hii.


P/S: apa produk untuk kasi kecil pori? T_____________T

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Info Sihat: Jum Cuci Usus!

Assalammualaikum semua! *lambai2*
Lama suda aku nda update blog kan. :) Rindunya mau merapu..hoho..
Tadi c Bidit cerita pasal usus dengan dorang sambil promote produk elken. heuheu. Gadis comel dan pemalas macam aku ni cuma mampu mendengar dari dalam bilik (dorang berbincang di lorong2 gelap di luar bilik aku). Tapi apa yang dia cakap betul-betul menarik minat aku and aku rasa aku patut buat sesuatu untuk usus aku! *sambil tepuk2 perut*

Berapa kali kamu cuci muka dalam sehari? 2? 3?
Mandi pula?
Berus gigi??
Cuci usus?????
Hah!
CUCI USUS?

Selama 21 tahun aku hidup, aku nda pernah pun terpikir mau cuci usus ka apa. Honestly, aku nda kisah pun dengan usus aku. Aku asyik risau asal muka aku yang dinoda oleh jerawat ni ja. Soal apa yang jadi dalam badan aku, nda aku peduli. Lansung!

P/s: Entry agak panjang. Tapi aku teda merepek. ok. mungkin sikit tapi nda rugi baca sampai habis. Untuk kesihatan usus kita bersama. :)

So, tadi google2 pasal usus ni, terjumpa satu blog yang menarik perhatian beta.
Menurut tuan empunya blog..
Usus kita kan paaaaaaaaanjangggggggg~
berbelit-belit pula tue..~
Si, nazis-nazis (bkan typo yep..) yang ada dalam tu bukan semua terkeluar..
Ada yang 5-10 tahun 'tidur' dalam usus kita..
eeee...geli kan? kan?

Cakap la aku apa, aku memang pemalas. itu hakikat. haha. So aku copy paste ja info ni dari blog orang. haha.

USUS YANG KOTOR AKAN MENYEBABKAN..

1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Obesiti
7. Cepat nampak tua
8. Kanser

Nah..jangan main-main dengan usus!
Aku tau, kamu ndakan terkesan pun baca entry aku walaupun aku letak ayat bombastik plastik tik tik. So aku share gambar dari google pasal usus kotor. Kamu nilai la sendiri!


P/s: Mekasih ya pak google untuk gambarnyaa~

Sedikit fakta tentang kanser usus (Berita Harian, April 2013)

- Menurut WHO, tahun 2008, 610,000 orang MENINGGAL DUNIA pasal kanser kolon.
- Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia - Kanser kedua paling lazim di malaysia (3,500 kes baru setahun!!)
- Wanita : kanser ketiga paling kerap berlaku (selepas kanser payudara & serviks)
- Lelaki : kanser paling kerap berlaku

ANTARA TANDA2 KANSER USUS:

# Kerap buang air
# Rasa mau berak tapi sebenarnya nda pun
# Bentuk nazis berubah (jadi nipis..atau semakin kecil)
# Kalau teruk sangat suda, pesakit tu ndakan dapat berak

*Banyak lagi tanda2 dia tapi malas taip. ngeh

So, ada la beberapa produk yang boleh membantu membersihkan usus kita Meh aku senaraikan (sila google sendiri untuk baca lebih lanjut tentang produk tu yep. Aku malas mau tulis. nge. Maafkan daku~)




+ Biodex I-cover

And last but not least, Elken Spirulina . Nda silap aku produk ni la Bidit jual. Beli dengan dia, boleh dapat murah. ^^v 

Dan sila lah Google sendiri. tapi sebelum tu, ni ada DIY untuk cuci usus kamu.
Aku amik dari blog Tinta Kibod ye. Cara dia senang ja..

Bahan-bahan:

Yakult
dalam 1-2 botol

Nata de coco
15 ketul

So,,,caranya (copy pasted!) hik hik hik

  • Buang air gula dalam Nata de Coco, basuh dan bersihkan, keringkan dan simpan dalam bekas selama sehari baru mula digunakan (boleh simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama)
  • Dalam gelas, campurkan Nata de Coco dalam air Yakult.
  • Minum (jangan igigt tu jelly..telan ja..nda jua mati tu. hoho)
  • Sebaiknya minum time pagi dan waktu cuti / stay di rumah

sampai bila mau minum? Sampai nazis tu lawa kalernya aku nda pasti la maksud dia lawa tu nazis tu ada reben2 ka..pakai mekap ka apa...
tapi mungkin maksud dia kaler tu nazis nda suda itam. mungkin putih macam pakai fair and lovely. haha. merepek. == sorry..

Dia bilang..buat time cuti pasal takut perut tu nda tahan..
Baunya pun..hurm..bayangkan ja la nazis yang suda bertahun dalam tu usus..ntah macam mana bau dia.hoho


Aku belum try cara ni. Mungkin balik rumah hujung minggu ni aku try. hoho. Kbai! Oh ya. Kalau ndapun, budak2 Gaya boleh la jumpa Bidit yep..produk Elken ni bagus. Kamu ble tanya dia untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Special thanks to Bidit pasal kalau bukan pasal dia, aku ndakan terpikir mau jaga usus *hugs*

MAJULAH USUS UNTUK NEGARA!
1 USUS! YEAYYY!

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

I HATE U, MAMA, ABAH!!!

Assalammualaikum...
Pernahka kamu berada di satu situasi yang mana kamu rasa annoyed atau merajuk dengan mama abah kamu? Mustahil nda kan? Aku pernah ok.. *jujur tak kak ton?* haha.. Ampun ma~

Biasa la tu kan. Kadang-kadang rasa annoyed terutama bila kena bebel. Hihi. Rasa macam mau merayu ja sama dorang supaya berhenti. Kan? Aku ni kadang-kadang pandai juga merajuk dengan mama and abah. Merajuk la sangat. Hihi. Bila aku merajuk, selalunya aku diam ja. Kalau dorang bercakap dengan aku, sepatah-sepatah ja aku jawab walaupun time tu dorang beriya-iya mau bawa aku bercerita. Sobsss..durhaka kau ten! *tampar muka sendiri*

Well, selalunya bila aku merajuk dan bermonolog seorang diri dalam hati *macam wayang di tv tu~ihihi* aku akan terfikir baaaaaaanyak benda. Then rajuk aku tu hilang. Ego tu jangan cakap la. Manusia macam aku, walaupun perempuan and ego aku nda setinggi kaum adam *teeettttt!*, ego tu tetap ada. Haha. Jadi memang payah la. Hati aku berlawan sama ego.

Bila aku merajuk sama dorang and protes ndamau tercakap, peristiwa ni selalu terimbas balik di fikiran aku..

*Imbas semula* 2011..
Time semester 1 Ppismp, aku berkawan sama sorang ni. Kawan biasa. Kami selalu share cerita. Bapa dia suda meninggal dunia. Kesian kan. Hurm. Tolong sedekahkan alFatihah ya sebelum sambung baca yep.
Ok, mekasih. ^^
Kita sambung balik. Ada satu benda yang dia cakap dengan aku dan benda tu selalu muncul di saat-saat aku merajuk dengan mama abah aku. Dia cakap, dia menyesal pasal nda bercerita sama arwah bapa dia time malam sebelum bapa dia meninggal. Dia cakap kalau dia tahu bapa dia meninggal keesokan hari tu, dia akan dengar cerita bapa dia...

*masa sekarang* 2013...
So, setiap kali aku merajuk, aku akan cuba tolak ke tepi rajuk aku tu. Aku lawan ego aku. Apa hak aku untuk merajuk sama mama abah aku? Pasal dorang nda bagi apa yang aku mau? Aku bagi ka apa yang dorang mau? Atau pasal dorang nda dengar apa yang aku cakap? Apa hak aku? Kan anak yang patut dengar cakap mama abah. Manada kena cakap mama abah yang kena dengar cakap anak. Syurga di bawah tapak kaki mama. Bukan kaki kita, kaki lima atau kaki bangku *offside*. Point dia di sini, apa hak aku mau merajuk sama dorang?

Ya..ya..mungkin ada perbuatan dorang yang buat kita terasa. Tapi dorang pun manusia. Buat salah. Kena ingat tu. Tolak ego tu. Jangan pasal ego, hubungan kita dengan mama abah berantakan. ALLAH marah. Kalau teda mama abah, kita ndakan lahir di dunia. Apa? Kau nda minta dilahirkan sebagai anak dorang? Jadi kalau kau jadi anak orang lain, kau rasa dia gembira and boleh bersabar dengan karenah kau?

Aku tengok budak-budak zaman sekarang, bila bergaduh sama mama abah, terus post-post di laman sosial. Amboi. Ayat aku~haha. Ehem. Tu la. Cakap mama abah dia itu ini la. Bla.bla..bla…la. Weyh, apa perasaan kau kalau anak kau buat benda yang sama dengan kau? Salah mama abah diheboh-heboh. Salah sendiri dikasi tapuk. GOOD! Anak yang mithali~ *sarcastic*.

Eh..ayat aku macam orang yang tengah ngencang pula. Hihi. Sorry..

Nda la ba. Macam mana buruk pun family kau, dorang tetap family kau. Darah dalam badan kamu tu sama. Jangan la gitu. Ok bebeh? Ni nda. Nda cukup dengan tu, sampai lari dari rumah lagi amboi. Time mama abah kau marah kau, ad aka dorang lari dari rumah? Teda kan? Pasal tu rumah dorang. Yang patut lari tu kau. Eh. Hahahahaha..

Sudah gitu, bila ditegur..cakap kunun "Aku sudah besar!" Aku ndamau ulas banyak-banyak pasal ni. Baca quotes di bawah and nilai sendiri..



So kawan-kawan. Pendek kata..panjang kata..ketepikan ego bila benda tu boleh rosakkan hubungan kau dengan mama abah kau. Hargai lah dorang. Jangan sampai dorang suda terbujur kaku, baru kau minta ampun segala. Penatnya mama kau mengandung kau 9 bulan, penatnya abah kau cari nafkah. Kalau dorang ada buat silap, ndapa. Maafkan. Tegur. Kekasih kau buat silap boleh pula kau kasi maaf..dorang buat silap boleh pula kau terima..jadi kenapa nda buat benda yang sama dengan mama abah kau? KAn?






P/s: Tajuk tu Cuma untuk menarik perhatian kamu untuk baca entry ni. Aku nda benci mama abah aku. Aku 
sayang darab cinta sama dorg. *hug2*

P/s 2: Ayat aku ada yang agak skema ya..abaikan. dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Melayu boleh!


P/s 3: hehe. Teda baaaaa. Babai!

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Biar manja jangan derhaka.

Assalammualaikum.. (entry ini telah berkubang selama beberapa minggu di lappy)
Rajin pula aku update blog kebelakangan ni kan? Hehe. Time-time mau dekat exam ni la pula datang rajin mau buat entry. Hihi..

Sekarang study week and instead of study di hostel, aku study di rumah. Lebih selesa. Aku ni bukannya jenis study group punya orang. Aku suka suasana yang sunyi and selesa. Kalau di bilik, bukan la nda selesa, Cuma..kurang selesa kot.masing-masing ada cara belajar yang sendiri kan.. Oh ya. Aku ni boleh dikatakan setiap minggu pulang rumah kecuali ada aktiviti asrama. Tapi kadang-kadang aku nda kisah pun. Selalunya aktiviti hari sabtu kan. So abis aktiviti tu aku pulang la rumah. Ahadnya aku pulang la balik p hostel. Hoho. Bukan jauh sangat pun. Lebih kurang 45km gitu ja pun..

Sebenarnya, aku rajin pulang rumah pasal aku mau spend masa dengan family. Dulu time sekolah, nda sabar ni mau tinggal jauh dari family. Biasalah. Kalau di rumah ni kena leter la..kena suruh buat kerja rumah..  haha…tapi bila sudah tinggal jauh dari family, baru rasa sunyi..

Aku rasa ni la peluang aku manja-manja dengan parent aku sebelum aku kawen. Hihi. Kamu mau tau, mama selalu suruh aku cabutkan uban dia. Dari aku sekolah rendah sampai la sekarang. Hehe. Asal ja aku pulang rumah, tu la benda pertama mama suruh buat. Kadang-kadang Nadia yang cari Cuma Nadia ni cepat penat..aku kadang-kadang sejam juga la belek-belek rambut mama tu.haha..Satu benda yang buat aku sedih, kalau dulu, susah mau cari uban mama. Sangat susah. Muda kan.. tapi sekarang, senang ja jumpa uban mama. Tengok sini, eh ada uban. Tengok sana, eh uban lagi..

Sebagai anak kan, aku rasa sedih la. Makin berumur pula mama aku ni. :’( Mama nda la tua mana Baru 45tahun. Tapi still, aku rasa sedih la.haha. dengan umur begitu, mama patut rehat. Nda payah kerja sampai malam. Jam 5 begitu boleh sudah balik. Tapi instead of balik awal and berehat, mama pilih untuk kerja lebih masa. Sudah la kerja mama tu susah. Aku selalu la marah.. “tiada orang lain ka boleh buat?” “kenapa mama ja yang kena suruh buat?” tapi mama punya jawapan, jawapan yang redha ja.. “Apa boleh buat. Suda kerja mama. Belajar la kamu bagus-bagus supaya kamu nda jadi kuli macam mama”. Walaupun aku ni ganas, haha…tapi dalam hati ada taman permainan tau nda? Sedih dengar mama cakap gitu. Mama kerja kerani. Tapi banyak betul kerja. Kadang-kadang mama bawa pulang rumah. Aku tolong la sikit-sikit. Tapi anaknya ni cincai. Kalau buat kerja nta papa jadi. Haha..

Mama kerja 6 hari seminggu. Sudah penat d ofis, pulang rumah kena masak lagi..cuci kain lagi..jaga anak buah aku c Danish lagi.. Kesian mama..

Jadi selalunya hujung minggu aku pulang, aku tolong la cuci kain ka..kemas rumah..ala, kerja biasa yang budak pompuan kena buat. Haha. Kecuali memasak bab tu aku failed. Haha.
Semalam aku cari-cari uban mama…terus mama cakap, dia penat d ofis..jdi bila di rumah mau juga kena layan macam di spa. Haha. Dia suruh aku belajar cuci muka macam di salon tu. Nanti aku belajar. Hihi.
Bukan mama ja yang penat untuk cari duit untuk kami. Abah pun sama. Abah ulang-alik naik kereta dari Papar p KK. Lebih kurang 90km la pulang balik. Pegi keja awal pagi. Pulang pula malam. Jam 8 lebih. Aku pernah ikut abah sekali. Pegi hostel pagi and pulang petang. Walaupun aku penumpang, aku rasa penat juga. Tu baru sehari. Abah bertahun-tahun suda drive gitu pergi keja. :’( Tapi bila sampai rumah, abah masih bleh layan Danish bermain.. Kalau dikira dengan jari, berapa jam ja masa abah untuk berehat?

Macam keluarga yang normal, ada masalah kadang-kadang yang kita nda dapat elak. Aku pernah bergaduh dengan mama pasal aku nda dapat pegi UiTM Kedah untuk amik asasi law. Aku ndatau apa difikiran aku time tu. Aku kecewa pasal jadi peguam memang cita-cita aku. Undang-undang memang minat aku. Abah nda marah. Cuma satu benda ja dia cakap.. 

“Abah minta maaf pasal nda dapat hantar kau belajar undang-undang”. 

Sedih betul aku time tu. Kenapa juga aku pentingkan diri time tu? Ya, dorang mampu hantar aku p sana. Boleh bagi aku belanja. Aku mungkin senang hati dapat belajar law. Tapi yang kerja lebih masa..yang perah keringat untuk tanggung belanja aku seiapa? Mama and abah. Sedangkan aku ada adik-adik yang masih belajar bawah aku. Kenapa time tu aku nda piker tu and kasi sakit hati mama abah aku? T_______T
Kadang-kadang, aku ndamau berjoli d KK. Haha. Pasal tugas aku untuk belajar. Enjoy enjoy juga. Tapi kena ada had. Kadang-kadang time berjoli aku teringat mama abah yang time tu mesti tengah buat kerja walaupun penat. Anak dia pula pergi berjoli. Durhaka betul! Mama abah penat cari duit, kau senang-senang tabor duit. *tarik telinga sendiri*


Salah satu sebab kenapa aku masuk IPG pasal tu harapan mama abah aku. Untuk aku jadi cikgu. Aku applied dua kali. Tahun 2010 sama 2011. Kedua kali baru aku dapat. Menangis aku sama mama berpeluk time aku dapat IPG. Walaupun aku nda la 100% rela hati masuk IPG, tapi aku tengok mama abah bangga ja cerita sama kawan-kawan pasal aku and adik-adik aku. Jadi bagi aku, ndapa la tu. Hoho..

Bila tengok mama abah kerja penat-penat, aku cakap dengan diri aku sendiri.. “5 tahun akan datang, mama abah ndakan penat begini. Mama sama abah nda payah kerja lebih masa untuk tanggung kami. Aku akan buat mama and abah senang. Tunggu ja. Nda lama lagi aku habis belajar..” wah. Bermonolog sendiri. Pengaruh cerita indon la ni. Ishish..

Family kami ne sederhana hidupnya. haha. Sedang-sedang. Tapi aku mau buat mama abah senang. Bkan dari aspek material semata.. esehh.. haha. Aku mau belajar bagus-bagus. Graduate dengan cemerlang. Mau buat mama abah menangis bangga tengok aku genggam ijazah di tangan. 

That is why, aku nda kisah pulang setiap hujung minggu..aku nda kisah kena cakap anak manja ka apa.. aku Cuma mau spend masa dengan family aku. Walaupun kadang-kadang kena marah-marah, tapi biar la. Kena marah untuk jadi orang yang berguna kan?


Ok la. Panjang pula entry aku kali nie. Mau sambung study ni… hihi. Doakan aku dapat keputusan yang ok-ok untuk exam aku ni yep.. TTFN, Ta ta for nowww~ *lambai-lambai sambil lap air mata*

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Info: Sejarah hari Guru di Malaysia

Assalammualaikum..


"Kami guru Malaysia, 
Berikrar dan berjanji.
Mendidik dan memimpin,
putera puteri negara kita~"

Hah. Lagu ni la yang selalu aku and budak-budak IPG seluruh Malaysia nyanyi setiap kali perhimpunan. Hah? perhimpunan? Iya.. Ingat kami tiada perhimpunan ka? haha. Kan kami dilatih jadi cikgu.. Mau biasakan diri kot.. So murid-murid, jangan asyik complain pasal perhimpunan k? Cikgu-cikgu kamu dulu pun pergi perhimpunan *walaupun terpaksa..zzz..*

Oleh kerana aku bakal guru *insyaALLAH* jadi aku share pasal Hari Guru la yep. ^^

Hah. Pernah kamu terfikir ka kenapa Hari Guru kena sambut 16 Mei setiap tahun? Nda kan? Aku pun nda pernah terfikir. Dulu time sekolah, yang aku tau kalau Hari Guru best pasal kau dapat tengok guru-guru berkaraoke.. emm.. ada yang suara dia best macam penyanyi..and ada yang patut stay mengajar and bukan menyanyi. hahahah :p

16 Mei 1956: Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


So, pasal tu la tarikh 16 Mei ni dijadikan Hari Guru di Malaysia. :)

Hari Guru ni bukan dibuat ikut suka-suki mereka ya kawan-kawan. Hari Guru ni ada objektif dia..
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Logo Hari guru

Ni pula Ikrar Hari Guru..

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

So, itu seja yang aku mau share. Jadi guru best k? Walaupun sejujurnya aku belum mencintai profession nie sepenuh hati *cewaaah~hahaha* tapi aku akan cuba. Nda kenal maka nda cinta kan? Lagipun best apa jadi cikgu. Boleh dapat hadiah banyak setiap tahun. pertama time Hari Jadi, kedua time Hari ibu *ehem..haha* and ketiga time Hari Guru. :D

Kepada bakal-bakal cikgu di luar sana, marilah kita sama-sama berusaha memartabatkan kerjaya kita and berusaha untuk jadi cikgu yang baik dan berjaya. :) Cabaran kita makin banyak and kita mesti kuat untuk hadapi semua tu. SELAMAT HARI GURU!






✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Info: Siapa dia Tardar Sauce?

Assalammualaikum..

Siapa dia Tardar Sauce?
Kamu kenal? Nda?
Ok. Kalau Grumpy Cat?
hahhhh..kenal kan?

Tardar Sauce atau lebih dikenali sebagai Grumpy Cat ni bukan kucing biasa k. Kucing ni selebriti internet! naa.. amik kau! kucing boleh jadi selebriti. yang kau apa? haha. :p

Umur dia baru mau masuk 1 tahun lebih. Birthday dia 4 april 2012. Baby masih kan? Kenapa dia kena panggil Grumpy cat? Pasal muka dia.. facial expression dia tu.. dia begitu pasal dwarfism , bukan sengaja buat muka gitu. hoho

Grumpy Cat ni ada tuan. Nama dia Tabatha Bundesen. Grumpy Cat ni ada adik lelaki..or abang..eh..mungkin. haha. Nama dia Pokey. Ironinya, Grumpy Cat ni nda Grumpy. Yang grumpy tu si Pokey. 

Aku ketawa-ketawa tengok meme Grumpy Cat ni. Nampak kejam tapi aku rasa dia comel~ aww~ hoho
So, meh aku share meme-meme Grumpy Cat ni. ^^

















COMEL KANNNN? Aku sukaaaaaaaaa kucing ni. hihi. Banyak lagi gambar dia di Google. Cari la kalau rajin..hihi So, mana satu gambar favorite kamu? :D

Kmau boleh juga pergi web dia.. amboi..kucing zaman sekarang~ada web sendiri~wuuu




✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Kita semua PERASAN BAGUS.

Assalammualaikum..
Hurm.. Kebelakangan ne aku nampak banyak sangat status n komen2 tentang Sabah kena print screen. Penat jua kadang2 baca komen2 and status tue. Actually, apa masalah kita ne?..  Salah siapa? Sabahan ka?.. Atau pihak di sebelah sana?.. Bingung aku. Mula2 baca, memang aku sakit ati. Geram. Tapi lama2 aku penat ne.

Malaysia lama suda merdeka, tapi mentaliti masih gitu2 seja. Kita nampak ja macam negara aman, hakikatnya nda. Malaysia banyak penyakit batin. Tapi kita nda nampak or sengaja nda nampak. Kita rasa, kita lagi aman berbanding Syria, Palestine. Kenapa? Pasal d Malaysia tiada bom bom segala. Tiada tembak menembak. Yang ada apa? Pembuangan bayi, rasuah, pelacur, pecah amanah... Tapi kita masih lagi perasan bagus. Perasan aman. >< Ok. Agak offside d sana tapi apa yang aku cuba tuk sampaikan ialah kita semua perasan bagus. Aku, kau, dia.. SEMUA!

gambar teda kaetan. Harap maaf..


Orang peninsular rasa dorang lagi bagus pasal mungkin dorang maju berbanding Sabah.
Sabahan rasa dorang lagi bagus dari peninsular pasal Sabah banyak hasil hutan dan sebagainya..
Lepas tue post sana FB..post d blog..
Cakap itu jahat,ini jahat..itu salah, ini salah...
Benda ne macam kudis tau nda? Lama2 makin teruk. Nda mustahil kita berpecah belah. Kamu mau sia-siakan perjuangan datuk nenek kita dulu? Dorang berjuang and berkorban nyawa untuk apa? Untuk kamu sia-siakan kemerdekaan yang kita dapat ne?

Jangan jadi budak-budak. Jangan bha cepat melatah. Aku nda paam betul orang yang buat semua ne. Yang komen and status dia cuba untuk menjatuhkan negeri or bangsa lain. Pasal tue kita nda majumaju! Pasal tue kita masih d belakang. Orang putih sana sibuk2 belajar benda baru.. Kaji itu ini.. Buat robot untuk maju. Tapi orang kita? Sibuk d FB.. Kutuk sesama sendiri.. Dia kutuk kau. Kau kutuk dia balik. Sama ja teruk kamu...

Ya. AKu Sabahan. Aku 100% Sabahan. Lahir dan membesar d Sabah. Tapi kita nda payah la kutuk2 mereka yang kutuk kita. Bagus lagi kita sama2 majukan Sabah ne. Kita buktikan sama dorang yang dorang salah. Bukan berperang d FB. Tolonglah. AKu bukan mau back up orang yang cakap Sabah itu ini tapi cuba la jadi matang. AKu nda la matang sangat. HAHA. Tapi kamu pikir bha, kutuk mengutuk d FB ndakan bagi apa2. Dorang kutuk kita. Kita kutuk dorang balik. Kutuk mengutuk ja la kita sampai bila2! Kutuk2 tue buat kita maju ka?? Nda kan?... -.-

Kamu nda rasa ka mungkin ne agenda pihak tertentu tuk jatuhkan Malaysia? Yang mau pecah belahkan kita semua? Betul2 la dunia mau kiamat suda. Fitnah sini sana.. hurmm...

Kalau kamu jumpa status yang mengutuk Sabah, nda payah la bha print screen segala. Mungkin kamu geram and mau bagi pengajaran dengan dorang tapi kamu nda sedar benda tue bagi negative effect. Rasulullah SAW dulu bila kena kutuk ka apa..ada ka baginda kutuk balik orang tue? Ada ka baginda pegi sebar sana sini pasal baginda kena kutuk? Teda kan. Oh. Mungkin ada yang cakap, Nabi Muhammad SAW lain. Dia penyabar. Tapi nda boleh ka kita tiru baginda? Daripada kasi heboh2 tue benda, baik kau berdoa. Kalau betul kau nda puas ati, inbox tue orang. Tapi jangan maki2. Cakap bagus2... Pasal bila kau maki2 seolah2 orang Sabah ne kuat memaki gitu. D sana, dorang ada point lagi mau guna untuk kutuk sabah. Ya nda? Kita mesti bagi imej positif untuk Sabah. Oke?

Sedih tengok bangsa Malaysia kutuk mengutuk. Kalau gini, senang ja kita kena jajah balik..hurm..

P/S: Ini semua pendapat aku. Suda namanya pendapat. Mungkin ada yang nda setuju dengan aku tapi nda pa la. (: 


Marilah bersama serta maju jaya, Sabah negeri merdeka~




✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Inilah Sabah

Assalammualaikum~ ^^
 ;)

INI LAH SABAH~~
Nie 1 Borneo.. Jauh dr Gaya so jarang p sini. Ahaks...

Centre Point a.k.a CP. Weheee... Memang lepak sini la slalu.. Tp banyak PATI. Damn..

Karamunsing or oso known as Karam. HAHA.. Juga antara tempat lepak.. Banyak kedai jual baju sini..n computer jugak!

KKIA.. Ne gambar time belum siap..aku copet dr Google Image. Ahaks! Sekarang siap suda oke..hohoho

Warisan Square..


Nie pla Pekan Papar.. Tempat aku membesar.. Kira2 45km gtu la dari KK..
Bangga jadi orang Papar. (:

SMK Majakir Papar. (: Aku study sini dr form 1 smp la form 5.. :'D

Nie pla Kampung Bariawa Ulu, Keningau.. Tempat mama.. hohok..

Sabah mungkin nda la maju mana.. Tapi nda la sampai tinggal atas pokok. ^^
Jemput2lah ke Sabah.. Hoho...

SEMUA GAMBAR ADALAH IHSAN DARI GOOGLE. :D





✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Rahsia Master Cakap Sabah

Assalammualaikum... :)
Salah satu kenapa aku b'blog guna bahasa Sabah adalah sal aku orang SABAH. Sangat munaSABAH kan ? ahakss~ Ok. Saja bajet lawak tp pagi2 buta gni hormon lawak aku lemah. Mungkin mau d suntik sama kologen ne. *teda kaetan*

Sini aku mau share satu web yang ble tolong kamu master cakap Sabah. Eseh...

Klik sini > Kamus Sabah

D web ne, banyak la term2 Sabahan slalu guna...
Mau aku bagi contoh?


Kebangkalan

Definisi
Tercekik kerana makanan yang penuh akibat makan dengan terlalu gelojoh..
Contoh
"Suda balik2 aku gitau, sikit2 bha makan...ini satu genggam nasi skali masuk mulut, kan kebangkalan suda....mulut kicik tp nafsu basar!!!! eeee!!!"

Hehe...
Oh ya, FYI, Kami tend to say hari satu b'banding hari isnin...n seterusnya...

Isnin = Hari satu
Selasa = Hari dua
Rabu = Hari tiga
Khamis = Hari empat
Jumaat = Hari lima
Sabtu = Hari enam
Ahad = Hari tujuh. zz..nda bha. haha.. Hari minggu

SELAMAT BERSAHUR!
Satu lagi term yg femes kalau puasa..
'Bersungkai/sungkai' = Berbuka
Term ne bole guna utk berbuka puasa seja..jangan salah guna untuk buka laen2 contohnya "tolong sungkaikan kakak pintu"

Ahks..k daa~ :D

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Mari bercakap macam SABAHAN.

Assalammualaikum~
Korang tengok Karoot Komedia X ka?... Ini barang baik~ini barang baikk~~
haha. Ok. Ada satu episode tue, c Johan...err..Abg Johan cakap macam Sabahan.. Siyesly, tensen aku dengar. HAHA. Lucu memang lucu tapi aku rasa macam gerigitan. Anu bha.. Gerigitan..macam geram la..haha.. Disko jadi disiko.. Jam jadi jum.. cmon la..kami nda cakap pun gtu. AHaks!
Sabah ne besar... Banyak daerah..Banyak la juga slang dya~
Meh aku ajar sikit cara b'cakap macam orang Sabah.. :D

1. Make sure bila word tue end dengan uruf A, korang nda sebut 'E'.
Saya (/)
Saye (x)

Kita(/)
kite(x)

Boleh kan?.. Hee

2. No need mau tekan2 tu hujung pkataan...

Kita'..saya'..nda payah.. sebut dengan rileks...kalau mau tekan pun, jangan berabis.. tekan dengan lembut..hahhaa... mau d buat video bha ne baru senang.. -__-

Ok. Senang ja ne b'cakap macam kami. esehhh....
Berlatih la pelan.. Ingat tue rules seja.. Aku kasi la sikit kosa kata yang simple2 tuk kami praktikkan dalam kehidupan seharian. Eseh...

Mungkin = Kali
Cakap = Bilang
Tidak/nda = Nda
Pelihara = Piara
Kotor / pengotor = Mihir / pemihir

Aku tak suka kau = Aku nda suka kau
Mungkin kau salah orang ni = Kau salah orang ni kali

P/S"
Orang slalu end up cakap macam Indonesian bila dorang try cakap Sabah. Mungkin ada perkataan yang sama dengan indon tapi nda sama..Sabah...Sabah la.. Hahaha..
And dorang selalu rasa perlu letak BAH d setiap ayat.. Actually, no need la.. Kalau necessary seja. Kalau salah letak BAH, ayat tue jadi lain....n mungkin bunyi dya pelik macam alien..ngeee
TAPI TAPI TAPI.....
Aku happy bila orang try cakap Sabah.. Maknanya dorang hargai n mau blajar budaya kami. ngee..
1 MALAYSIA~~~!


✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Blogger Malaysia yang B'doodle!

Assalammualaikum..
Hrini aku mau share antara 12 orang blogger Malaysia yang berdoodle. Memang ramai la blogger yang selalu b'doodle.. Siap bagi Freebies lagi. Aku nda letak sini nda b'makna yg laen tu nda comel... Jangan lepas ne aku kena pulau pla...huhu
Ne antara 12 blogger yang aku kagumi la kiranya.. Jum kita terjah blog dorang~ 
TAPI TAPI TAPI.....
Aku letak dorang bukan ikut ranking.. AKu men letak ja sal semua ada bakat dan keunikan yang tersendiri..




Untuk pengetahuan korang, doodle header aku ne pun aku maek dari dia la. Comel kan?.. :3












8. Saisyah




10. Lyssa


11. Kasihdani

Sila2 la melawat blog dorang. :)
Banyak bha blogger yg b'doodle.. Nanti aku buat lagi entry sal ne la.. Ne kira Part 1 la.. kunun~ HAHA


✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Tempat yang unik untuk gambar pre wedding

Assalammualaikum.. :3
Aku sudah lama ne mau buat pasal ne tapi atas beberapa sebab, aku tangguhkan dulu. Hhe. And sementara tunggu kelas Penghantar Pendidikan jam 2.30 ne, aku pun buat la pasal ne..
Orang selalu kalau gambar pre wedding ne mesti d taman bunga la..d pantai la..bukit la.. Meh2 kita cuba cara baru.. *kita? hahahaha...* Supaya lain dari yang lain.. Tapi ne cuma pendapat aku la. HAHA. Mungkin taste kita nda sama n korang akan cakap taste aku bida (buruk). Tapi nda mengapa.. :'D

1. Fun Fair / Taman Tema

Tadaaaa! Comel kan? Hehe.. Punya kiut tue kamu bergambar sambil ne kuda2 yang pusing2 tue sambil pakai gaun pengantin. Awww~ Pilih la game yang nda brapa ekstrem utk kamu bergambar.. Jan tah naek tagada ka apa.. Terbang nanti barang gaun.. Ternampak karang benda yang sepatutnya nampak time malam pertama.. Maksud aku rambut! Bg yang bertudung la. heuheuheu~


Naa! D taman tema air gini pun best! Kan?.... Bergambar sambil pakai spek skuba tue.. aww.. comel..haha...nda pun kamu maen ja gelongsor yang panjang gyla tue n suh orang tangkap gambar time tue.. :D

2. Sekolah / Universiti / Kolej

Kalau korang bercinta or berkenalan time zaman2 bergelar pelajar, best juga tue wat pre wedding di tempat kamu belajar tue. Kalau kamu budak skolah menengah or skolah rendah, bergambar la balik sambil pakai baju seragam skolah.. Hohoho.. Comel kannnn????

3. Gunung



HAHA. Ne memang kerja gyla la kalau naek gunung semata2 tuk mau bergambar pre wedding.. Tapi nda jua salah kan?.. Nda payah jauh2 p Gunung Everest tue.. Kita ada Gunung Kinabalu bha d Malaysia. Ngee... Time mendaki tue jangan la pakai baju pengantin adoyainye pun! Bawa tue baju dalam beg. hee.. Suda gambar, trus terjun p bawah ramai2.. ;p

4. Zoo!



Haha. Time class trip pegi Zoo Lok kawi aku terus dapat idea ne. Comelnya bergambar dengan hewan2 d zoo... Pegang2 ular.. Nek  burung unta... Unik x? Unik kann??... Pakai baju pengantin la op koz.. Ble la kau naek tu burung unta n konon2 ur hubby mengejar dari belakang.. Kiut nda?.. eee.. Mau! haha

5. Dimana sahaja yang penting time tu hujan
Haha. Ne la paling simple. Selalunya orang kalau pre wedding gambar seap pegang2 belon..bunga.. Kali ni kamu pegang payung! Sambil2 tue maen la air hujan tue.. Maen percik2 air dengan si dia..eseh~ Comel x? Tapi jaga2 ada kilat.. huhu.. Kalau time tu nda hujan, upah ja la sepa2 tuk pegang hos pastu buat la kunun2 time tue hujan.. ahaks!



Ok la. Sampai sini ja entry aku pasal ne. Perut lapar ne. Mau p buat vico dulu. Hohohoho~

- Kawan2 aku bg respon pelik time aku ceta sama dorang sal tempat2 ne. HAHA. Pelik ka aku?.. huhu

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...