ツ AtenTohirah

- BLOG DALAM PROSES D MAKEUP KAN. -

Syukurlah Malaysia Masih Aman...la sangat..

Assalammualaikum..
Di saat saudara kita nun di sana berjuang untuk mempertahankan tanah air, sampai ada yang gugur syahid..kita di sini masih mampu ketawa2.. makan nugget.. kenapa nugget? Pasal time menaip ni aku tengah makan nugget. Kenapa mau bagitau? Saja. HAHA
Kami kena suruh buat presentation tapi aku nda paham apa yang mau di present.. So aku google2 tadi dan ternampak blog yang cakap pasal laporan audit.. PAsal PSy...

Kenapa dengan Psy?
Sila baca > Psy < untuk maklumat lanjut..lepas tu nilai sendiri..

Eh, ten. Kenapa kau baca blog tu? Kau anti kerjaan ka? Nda sokong parti tu ka? Hurm. Parti itu ka..ini ka.. Jujur, aku nda percaya pun. Aku rasa kalau aku boleh mengundi nanti, aku undi calon bebas seja la. Eh... Nda boleh ka? Pasal apa nda boleh? Kata demokrasi.. Siapa aku mau undi, di tangan aku laaaaa... kan?

SYUKURLAH KITA MASIH AMAN..itu orang selalu cakap.. Asal ada benda jadi, tu benda yang orang cakap.. Ya ka?

Hutang negara RM622.022 Billion.. sumber
Eh takpa..
SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN..

Rasuah di Malaysia? 
Eh..negara lain pun ada rasuah apa?
SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN...

Pendatang asing datang and jadikan Malaysia rumah mereka..
Buat kacau..
Tak pa..
 SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN..

Ada kes bunuh..kongsi gelap..culik..
Eh..kau kecoh kenapa?
 SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN...

Dadah?
Ui....siok tuuuu...
Apa? Nda bagus ka?
Lerrr...ndapa..
yang penting.. MALAYSIA MASIH AMAN..

Politik kotor..
Eh.. Politik nda kotor..
Jadi apa yang kotor?
LALAT!
SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN..

Aman ka kita? Ka kita sebenarnya hidup dalam ilusi? Mimpi? Kita AMAN? Zahirnya ya.. Batinnya? Aman? Ok la. Kita aman. Tapi sampai bila kita aman? kalau kita masih leka, tup tup tetiba ja negara tumbang.. Tetiba ja kita jadi pelarian. Mau tunggu bila baru kamu bangun dari tidur dan lihat keadaan negara kita? Sampai bila kita mau tutup mata, pekakkan telinga dengan hal-hal negara yang pastinya akan mendatangkan kesan buruk kepada negara, bangsa dan anak cucu kita? Eseh. Ambil kau ayat aku~

Pada pendapat aku..ni pendapat ja la..ndamau terima tiapa..aten nda paksa..
Semua parti politik di Malaysia ni kena bersatu untuk memajukan dan lindungi Malaysia ni. Ni nda. 

"Pendapat kau bagus. Tapi oleh kerana kau bukan dari kami, aku tolak pendapat kau!"
"ohh..ada masalah tempat kau? Cian deyloh... Siapa suruh kau tentang aku? Nyah. Tiamau tolong!"

Sana sini 1 Malaysia dilaungkan..bukan main lagi kempen dorang...siap ada lagu lagi.. (kita satu bangsa kita satu negaraa~). MAu suruh rakyat bersatu..berpadu...tapi yang atas-atas tu? Bersatu ka? Berpadu ka? Bukan main lagi di media massa cakap itu jahat...ini jahat..itu nda betul..ini nda betul...tapi nda tengok apa salah sendiri. Aishh... EGO! Kenapa? kamu pandai sangat? HELLO.. Orang yang pandai adalah orang boleh terima teguran orang lain.. *ketuk kepala sendiri* Aku pun begitu juga kadang2.. Harus berubah ni.. Kalau nda, macam mana mau menyatupadukan anak-anak aku bila aku bergelar seorang mama nanti? *usap2 perut.... lapar.. HAHA*


Konklusinya..hah..ndatau la..kamu paam juga apa aku mau sampaikan kan.. HAHA
kbai.

P/S: SYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMANNNNNN~

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Review: Skin Care products untuk Sensitive Skin!

Assalammualaikum..
Dek keboringan yang melampau dan ditambah pula dengan masa yang terluang *terluang la sangat. Assignment ada 4! haha* Aku mau share la skin care products yang aku guna sekarang. Ok. Kulit aku ni kulit sensitif + berminyak. Sangat-sangat annoying k. Menderita betul aku dengan kulit muka aku ni. haha. So, aku banyak menghabiskan masa menGoogle cleanser yang sesuai dengan kulit aku n. Pernah guna macam-macam tapi semua macam teda kesan. So aku terjumpa satu product ni. Cetaphil! yeay!


Alamak. Malas la mau rotate. Haha. Ni la muka dia. hihi


Aku suka pakai Cetaphil ni pasal dia lembuttt seja di muka. Memang sesuai dengan muka aku. Pernah try berhenti and tukar product lain tapi nda ngam.. So aku stay pakai Cetaphil. Ok sangat! Kawan-kawan aku cakap xpayah tukar cleanser lain. Harga dalam RM20+ gitu. Tapi tengok saiz dia la. Macam haritu aku beli harga RM30+ di Guardian. Besar sikit. Boleh guna banyak. Cuma itu la, sudah namanya Gentle Cleanser, kalau aku pakai bedak compact Silkygirl aritu, nda hilang ni. Huhu. Tapi itu la gunanya toner kan..


Selalunya lepas cuci muka, aku pakai toner dari product Simple ni. Dorang ni expert dalam bab-bab kulit sensitive. Sebelum pakai toner SImple ni, aku pakai toner brand lain. Tapi sekarang aku stay dengan toner dari Simple. Lepas pakai toner ni, muka rasa segar ja. Nda rasa tegang segala. 

Taraaaaa~ haha. Tengok, bukti pemakaian. haha. Lebih sebulan suda aku guna. Aritu dapat elaun terus beli lagi yang baru. hehe. Harga dalam RM15+. Beli dekat Guardian. :D

Kalau aku ada jerawat, untuk kurangkan kemerahan jerawat tu, aku pakai Nexoderm. Nexoderm ni bagus pasal dia kasi kering jerawat. Ada juga fungsi lain tapi selalunya aku pakai untuk hilangkan jerawat..Boleh beli di farmasi atau Watsons / Guardian.Harga dalam RM4++. Haritu c Eva mengadu pasal jerawat dekat hidung dia. Sudah 2 minggu jerawat tu lepak sana. Then aku suruh dia pakai Nexodem. Besoknya jerawat tu kering and sekarang kurang2 sudah. :)

Best niii...bestttt! haha. Time pakai, rasa pedas2 sikit. Minum lah air banyak-banyak untuk hilangkan kepedasan tu. LOL HAHAHAHA


For mask, aku guna Shisheido Mask. Aku guna 2 minggu sekali. Memang nampak la kan segala kekotoran di muka kita. Gelii~terutama di bahagian hidung. Aku beli dari kawan aku. RM2 sekeping. Tapi sekarang aku mau try MAsk dari Daiso pula. Nanti aku bagi review pasal mask ni.

Kalau mau jimat, satu paket ni boleh pakai 2-3 kali. Tapi ada orang cakap, kalau mau kesan yang lebih ok, pakai tebal-tebal. Kalau aku selalu sepaket ni boleh pakai dua kali..

Aku baru beli ni. Review aku baca setakat ni Ok. Nda sabar mau try nanti! :D


Minggu lepas aku beli satu lagi product dari Simple. Aku pakai ni sebelum letak toner. hihi. Best.. Muka rasa lembab.. *perasan~*

Ada orang pakai ni sebagai make-up remover. Mungkin itu la fungsi dia. Hahahaha... Aku main pakai ja ni. Tapi ok..so aku akan teruskan memakai. hihi. Harga? Lupa pla berapa..hihi

So, basically simple ja cara aku jaga muka. Muka aku nda la flawless and suci dari parut jerawat. Tapi sekarang muka aku ok sikit suda. ^^ Mungkin ambil masa untuk sembuh, tapi ndapa. At least sekarang muka nda la teruk macam dulu. Yang penting, kamu mesti tahu jenis muka kamu macam mana and cari products yang sesuai. Terpaksa try and error. macam aku. hii.


P/S: apa produk untuk kasi kecil pori? T_____________T

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Info Sihat: Jum Cuci Usus!

Assalammualaikum semua! *lambai2*
Lama suda aku nda update blog kan. :) Rindunya mau merapu..hoho..
Tadi c Bidit cerita pasal usus dengan dorang sambil promote produk elken. heuheu. Gadis comel dan pemalas macam aku ni cuma mampu mendengar dari dalam bilik (dorang berbincang di lorong2 gelap di luar bilik aku). Tapi apa yang dia cakap betul-betul menarik minat aku and aku rasa aku patut buat sesuatu untuk usus aku! *sambil tepuk2 perut*

Berapa kali kamu cuci muka dalam sehari? 2? 3?
Mandi pula?
Berus gigi??
Cuci usus?????
Hah!
CUCI USUS?

Selama 21 tahun aku hidup, aku nda pernah pun terpikir mau cuci usus ka apa. Honestly, aku nda kisah pun dengan usus aku. Aku asyik risau asal muka aku yang dinoda oleh jerawat ni ja. Soal apa yang jadi dalam badan aku, nda aku peduli. Lansung!

P/s: Entry agak panjang. Tapi aku teda merepek. ok. mungkin sikit tapi nda rugi baca sampai habis. Untuk kesihatan usus kita bersama. :)

So, tadi google2 pasal usus ni, terjumpa satu blog yang menarik perhatian beta.
Menurut tuan empunya blog..
Usus kita kan paaaaaaaaanjangggggggg~
berbelit-belit pula tue..~
Si, nazis-nazis (bkan typo yep..) yang ada dalam tu bukan semua terkeluar..
Ada yang 5-10 tahun 'tidur' dalam usus kita..
eeee...geli kan? kan?

Cakap la aku apa, aku memang pemalas. itu hakikat. haha. So aku copy paste ja info ni dari blog orang. haha.

USUS YANG KOTOR AKAN MENYEBABKAN..

1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Obesiti
7. Cepat nampak tua
8. Kanser

Nah..jangan main-main dengan usus!
Aku tau, kamu ndakan terkesan pun baca entry aku walaupun aku letak ayat bombastik plastik tik tik. So aku share gambar dari google pasal usus kotor. Kamu nilai la sendiri!


P/s: Mekasih ya pak google untuk gambarnyaa~

Sedikit fakta tentang kanser usus (Berita Harian, April 2013)

- Menurut WHO, tahun 2008, 610,000 orang MENINGGAL DUNIA pasal kanser kolon.
Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia - Kanser kedua paling lazim di malaysia (3,500 kes baru setahun!!)
- Wanita : kanser ketiga paling kerap berlaku (selepas kanser payudara & serviks)
- Lelaki : kanser paling kerap berlaku

ANTARA TANDA2 KANSER USUS:

# Kerap buang air
# Rasa mau berak tapi sebenarnya nda pun
# Bentuk nazis berubah (jadi nipis..atau semakin kecil)
# Kalau teruk sangat suda, pesakit tu ndakan dapat berak

*Banyak lagi tanda2 dia tapi malas taip. ngeh

So, ada la beberapa produk yang boleh membantu membersihkan usus kita Meh aku senaraikan (sila google sendiri untuk baca lebih lanjut tentang produk tu yep. Aku malas mau tulis. nge. Maafkan daku~)




Biodex I-cover

And last but not least, Elken Spirulina . Nda silap aku produk ni la Bidit jual. Beli dengan dia, boleh dapat murah. ^^v 

Dan sila lah Google sendiri. tapi sebelum tu, ni ada DIY untuk cuci usus kamu.
Aku amik dari blog Tinta Kibod ye. Cara dia senang ja..

Bahan-bahan:

Yakult
dalam 1-2 botol

Nata de coco
15 ketul

So,,,caranya (copy pasted!) hik hik hik

  • Buang air gula dalam Nata de Coco, basuh dan bersihkan, keringkan dan simpan dalam bekas selama sehari baru mula digunakan (boleh simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama)
  • Dalam gelas, campurkan Nata de Coco dalam air Yakult.
  • Minum (jangan igigt tu jelly..telan ja..nda jua mati tu. hoho)
  • Sebaiknya minum time pagi dan waktu cuti / stay di rumah

sampai bila mau minum? Sampai nazis tu lawa kalernya aku nda pasti la maksud dia lawa tu nazis tu ada reben2 ka..pakai mekap ka apa...
tapi mungkin maksud dia kaler tu nazis nda suda itam. mungkin putih macam pakai fair and lovely. haha. merepek. == sorry..

Dia bilang..buat time cuti pasal takut perut tu nda tahan..
Baunya pun..hurm..bayangkan ja la nazis yang suda bertahun dalam tu usus..ntah macam mana bau dia.hoho


Aku belum try cara ni. Mungkin balik rumah hujung minggu ni aku try. hoho. Kbai! Oh ya. Kalau ndapun, budak2 Gaya boleh la jumpa Bidit yep..produk Elken ni bagus. Kamu ble tanya dia untuk dapatkan maklumat lebih lanjut. Special thanks to Bidit pasal kalau bukan pasal dia, aku ndakan terpikir mau jaga usus *hugs*

MAJULAH USUS UNTUK NEGARA!
1 USUS! YEAYYY!

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

I HATE U, MAMA, ABAH!!!

Assalammualaikum...
Pernahka kamu berada di satu situasi yang mana kamu rasa annoyed atau merajuk dengan mama abah kamu? Mustahil nda kan? Aku pernah ok.. *jujur tak kak ton?* haha.. Ampun ma~

Biasa la tu kan. Kadang-kadang rasa annoyed terutama bila kena bebel. Hihi. Rasa macam mau merayu ja sama dorang supaya berhenti. Kan? Aku ni kadang-kadang pandai juga merajuk dengan mama and abah. Merajuk la sangat. Hihi. Bila aku merajuk, selalunya aku diam ja. Kalau dorang bercakap dengan aku, sepatah-sepatah ja aku jawab walaupun time tu dorang beriya-iya mau bawa aku bercerita. Sobsss..durhaka kau ten! *tampar muka sendiri*

Well, selalunya bila aku merajuk dan bermonolog seorang diri dalam hati *macam wayang di tv tu~ihihi* aku akan terfikir baaaaaaanyak benda. Then rajuk aku tu hilang. Ego tu jangan cakap la. Manusia macam aku, walaupun perempuan and ego aku nda setinggi kaum adam *teeettttt!*, ego tu tetap ada. Haha. Jadi memang payah la. Hati aku berlawan sama ego.

Bila aku merajuk sama dorang and protes ndamau tercakap, peristiwa ni selalu terimbas balik di fikiran aku..

*Imbas semula* 2011..
Time semester 1 Ppismp, aku berkawan sama sorang ni. Kawan biasa. Kami selalu share cerita. Bapa dia suda meninggal dunia. Kesian kan. Hurm. Tolong sedekahkan alFatihah ya sebelum sambung baca yep.
Ok, mekasih. ^^
Kita sambung balik. Ada satu benda yang dia cakap dengan aku dan benda tu selalu muncul di saat-saat aku merajuk dengan mama abah aku. Dia cakap, dia menyesal pasal nda bercerita sama arwah bapa dia time malam sebelum bapa dia meninggal. Dia cakap kalau dia tahu bapa dia meninggal keesokan hari tu, dia akan dengar cerita bapa dia...

*masa sekarang* 2013...
So, setiap kali aku merajuk, aku akan cuba tolak ke tepi rajuk aku tu. Aku lawan ego aku. Apa hak aku untuk merajuk sama mama abah aku? Pasal dorang nda bagi apa yang aku mau? Aku bagi ka apa yang dorang mau? Atau pasal dorang nda dengar apa yang aku cakap? Apa hak aku? Kan anak yang patut dengar cakap mama abah. Manada kena cakap mama abah yang kena dengar cakap anak. Syurga di bawah tapak kaki mama. Bukan kaki kita, kaki lima atau kaki bangku *offside*. Point dia di sini, apa hak aku mau merajuk sama dorang?

Ya..ya..mungkin ada perbuatan dorang yang buat kita terasa. Tapi dorang pun manusia. Buat salah. Kena ingat tu. Tolak ego tu. Jangan pasal ego, hubungan kita dengan mama abah berantakan. ALLAH marah. Kalau teda mama abah, kita ndakan lahir di dunia. Apa? Kau nda minta dilahirkan sebagai anak dorang? Jadi kalau kau jadi anak orang lain, kau rasa dia gembira and boleh bersabar dengan karenah kau?

Aku tengok budak-budak zaman sekarang, bila bergaduh sama mama abah, terus post-post di laman sosial. Amboi. Ayat aku~haha. Ehem. Tu la. Cakap mama abah dia itu ini la. Bla.bla..bla…la. Weyh, apa perasaan kau kalau anak kau buat benda yang sama dengan kau? Salah mama abah diheboh-heboh. Salah sendiri dikasi tapuk. GOOD! Anak yang mithali~ *sarcastic*.

Eh..ayat aku macam orang yang tengah ngencang pula. Hihi. Sorry..

Nda la ba. Macam mana buruk pun family kau, dorang tetap family kau. Darah dalam badan kamu tu sama. Jangan la gitu. Ok bebeh? Ni nda. Nda cukup dengan tu, sampai lari dari rumah lagi amboi. Time mama abah kau marah kau, ad aka dorang lari dari rumah? Teda kan? Pasal tu rumah dorang. Yang patut lari tu kau. Eh. Hahahahaha..

Sudah gitu, bila ditegur..cakap kunun "Aku sudah besar!" Aku ndamau ulas banyak-banyak pasal ni. Baca quotes di bawah and nilai sendiri..



So kawan-kawan. Pendek kata..panjang kata..ketepikan ego bila benda tu boleh rosakkan hubungan kau dengan mama abah kau. Hargai lah dorang. Jangan sampai dorang suda terbujur kaku, baru kau minta ampun segala. Penatnya mama kau mengandung kau 9 bulan, penatnya abah kau cari nafkah. Kalau dorang ada buat silap, ndapa. Maafkan. Tegur. Kekasih kau buat silap boleh pula kau kasi maaf..dorang buat silap boleh pula kau terima..jadi kenapa nda buat benda yang sama dengan mama abah kau? KAn?






P/s: Tajuk tu Cuma untuk menarik perhatian kamu untuk baca entry ni. Aku nda benci mama abah aku. Aku 
sayang darab cinta sama dorg. *hug2*

P/s 2: Ayat aku ada yang agak skema ya..abaikan. dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Melayu boleh!


P/s 3: hehe. Teda baaaaa. Babai!

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...