ツ AtenTohirah

- BLOG DALAM PROSES D MAKEUP KAN. -

Biar manja jangan derhaka.

Assalammualaikum.. (entry ini telah berkubang selama beberapa minggu di lappy)
Rajin pula aku update blog kebelakangan ni kan? Hehe. Time-time mau dekat exam ni la pula datang rajin mau buat entry. Hihi..

Sekarang study week and instead of study di hostel, aku study di rumah. Lebih selesa. Aku ni bukannya jenis study group punya orang. Aku suka suasana yang sunyi and selesa. Kalau di bilik, bukan la nda selesa, Cuma..kurang selesa kot.masing-masing ada cara belajar yang sendiri kan.. Oh ya. Aku ni boleh dikatakan setiap minggu pulang rumah kecuali ada aktiviti asrama. Tapi kadang-kadang aku nda kisah pun. Selalunya aktiviti hari sabtu kan. So abis aktiviti tu aku pulang la rumah. Ahadnya aku pulang la balik p hostel. Hoho. Bukan jauh sangat pun. Lebih kurang 45km gitu ja pun..

Sebenarnya, aku rajin pulang rumah pasal aku mau spend masa dengan family. Dulu time sekolah, nda sabar ni mau tinggal jauh dari family. Biasalah. Kalau di rumah ni kena leter la..kena suruh buat kerja rumah..  haha…tapi bila sudah tinggal jauh dari family, baru rasa sunyi..

Aku rasa ni la peluang aku manja-manja dengan parent aku sebelum aku kawen. Hihi. Kamu mau tau, mama selalu suruh aku cabutkan uban dia. Dari aku sekolah rendah sampai la sekarang. Hehe. Asal ja aku pulang rumah, tu la benda pertama mama suruh buat. Kadang-kadang Nadia yang cari Cuma Nadia ni cepat penat..aku kadang-kadang sejam juga la belek-belek rambut mama tu.haha..Satu benda yang buat aku sedih, kalau dulu, susah mau cari uban mama. Sangat susah. Muda kan.. tapi sekarang, senang ja jumpa uban mama. Tengok sini, eh ada uban. Tengok sana, eh uban lagi..

Sebagai anak kan, aku rasa sedih la. Makin berumur pula mama aku ni. :’( Mama nda la tua mana Baru 45tahun. Tapi still, aku rasa sedih la.haha. dengan umur begitu, mama patut rehat. Nda payah kerja sampai malam. Jam 5 begitu boleh sudah balik. Tapi instead of balik awal and berehat, mama pilih untuk kerja lebih masa. Sudah la kerja mama tu susah. Aku selalu la marah.. “tiada orang lain ka boleh buat?” “kenapa mama ja yang kena suruh buat?” tapi mama punya jawapan, jawapan yang redha ja.. “Apa boleh buat. Suda kerja mama. Belajar la kamu bagus-bagus supaya kamu nda jadi kuli macam mama”. Walaupun aku ni ganas, haha…tapi dalam hati ada taman permainan tau nda? Sedih dengar mama cakap gitu. Mama kerja kerani. Tapi banyak betul kerja. Kadang-kadang mama bawa pulang rumah. Aku tolong la sikit-sikit. Tapi anaknya ni cincai. Kalau buat kerja nta papa jadi. Haha..

Mama kerja 6 hari seminggu. Sudah penat d ofis, pulang rumah kena masak lagi..cuci kain lagi..jaga anak buah aku c Danish lagi.. Kesian mama..

Jadi selalunya hujung minggu aku pulang, aku tolong la cuci kain ka..kemas rumah..ala, kerja biasa yang budak pompuan kena buat. Haha. Kecuali memasak bab tu aku failed. Haha.
Semalam aku cari-cari uban mama…terus mama cakap, dia penat d ofis..jdi bila di rumah mau juga kena layan macam di spa. Haha. Dia suruh aku belajar cuci muka macam di salon tu. Nanti aku belajar. Hihi.
Bukan mama ja yang penat untuk cari duit untuk kami. Abah pun sama. Abah ulang-alik naik kereta dari Papar p KK. Lebih kurang 90km la pulang balik. Pegi keja awal pagi. Pulang pula malam. Jam 8 lebih. Aku pernah ikut abah sekali. Pegi hostel pagi and pulang petang. Walaupun aku penumpang, aku rasa penat juga. Tu baru sehari. Abah bertahun-tahun suda drive gitu pergi keja. :’( Tapi bila sampai rumah, abah masih bleh layan Danish bermain.. Kalau dikira dengan jari, berapa jam ja masa abah untuk berehat?

Macam keluarga yang normal, ada masalah kadang-kadang yang kita nda dapat elak. Aku pernah bergaduh dengan mama pasal aku nda dapat pegi UiTM Kedah untuk amik asasi law. Aku ndatau apa difikiran aku time tu. Aku kecewa pasal jadi peguam memang cita-cita aku. Undang-undang memang minat aku. Abah nda marah. Cuma satu benda ja dia cakap.. 

“Abah minta maaf pasal nda dapat hantar kau belajar undang-undang”. 

Sedih betul aku time tu. Kenapa juga aku pentingkan diri time tu? Ya, dorang mampu hantar aku p sana. Boleh bagi aku belanja. Aku mungkin senang hati dapat belajar law. Tapi yang kerja lebih masa..yang perah keringat untuk tanggung belanja aku seiapa? Mama and abah. Sedangkan aku ada adik-adik yang masih belajar bawah aku. Kenapa time tu aku nda piker tu and kasi sakit hati mama abah aku? T_______T
Kadang-kadang, aku ndamau berjoli d KK. Haha. Pasal tugas aku untuk belajar. Enjoy enjoy juga. Tapi kena ada had. Kadang-kadang time berjoli aku teringat mama abah yang time tu mesti tengah buat kerja walaupun penat. Anak dia pula pergi berjoli. Durhaka betul! Mama abah penat cari duit, kau senang-senang tabor duit. *tarik telinga sendiri*


Salah satu sebab kenapa aku masuk IPG pasal tu harapan mama abah aku. Untuk aku jadi cikgu. Aku applied dua kali. Tahun 2010 sama 2011. Kedua kali baru aku dapat. Menangis aku sama mama berpeluk time aku dapat IPG. Walaupun aku nda la 100% rela hati masuk IPG, tapi aku tengok mama abah bangga ja cerita sama kawan-kawan pasal aku and adik-adik aku. Jadi bagi aku, ndapa la tu. Hoho..

Bila tengok mama abah kerja penat-penat, aku cakap dengan diri aku sendiri.. “5 tahun akan datang, mama abah ndakan penat begini. Mama sama abah nda payah kerja lebih masa untuk tanggung kami. Aku akan buat mama and abah senang. Tunggu ja. Nda lama lagi aku habis belajar..” wah. Bermonolog sendiri. Pengaruh cerita indon la ni. Ishish..

Family kami ne sederhana hidupnya. haha. Sedang-sedang. Tapi aku mau buat mama abah senang. Bkan dari aspek material semata.. esehh.. haha. Aku mau belajar bagus-bagus. Graduate dengan cemerlang. Mau buat mama abah menangis bangga tengok aku genggam ijazah di tangan. 

That is why, aku nda kisah pulang setiap hujung minggu..aku nda kisah kena cakap anak manja ka apa.. aku Cuma mau spend masa dengan family aku. Walaupun kadang-kadang kena marah-marah, tapi biar la. Kena marah untuk jadi orang yang berguna kan?


Ok la. Panjang pula entry aku kali nie. Mau sambung study ni… hihi. Doakan aku dapat keputusan yang ok-ok untuk exam aku ni yep.. TTFN, Ta ta for nowww~ *lambai-lambai sambil lap air mata*

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Info: Sejarah hari Guru di Malaysia

Assalammualaikum..


"Kami guru Malaysia, 
Berikrar dan berjanji.
Mendidik dan memimpin,
putera puteri negara kita~"

Hah. Lagu ni la yang selalu aku and budak-budak IPG seluruh Malaysia nyanyi setiap kali perhimpunan. Hah? perhimpunan? Iya.. Ingat kami tiada perhimpunan ka? haha. Kan kami dilatih jadi cikgu.. Mau biasakan diri kot.. So murid-murid, jangan asyik complain pasal perhimpunan k? Cikgu-cikgu kamu dulu pun pergi perhimpunan *walaupun terpaksa..zzz..*

Oleh kerana aku bakal guru *insyaALLAH* jadi aku share pasal Hari Guru la yep. ^^

Hah. Pernah kamu terfikir ka kenapa Hari Guru kena sambut 16 Mei setiap tahun? Nda kan? Aku pun nda pernah terfikir. Dulu time sekolah, yang aku tau kalau Hari Guru best pasal kau dapat tengok guru-guru berkaraoke.. emm.. ada yang suara dia best macam penyanyi..and ada yang patut stay mengajar and bukan menyanyi. hahahah :p

16 Mei 1956: Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


So, pasal tu la tarikh 16 Mei ni dijadikan Hari Guru di Malaysia. :)

Hari Guru ni bukan dibuat ikut suka-suki mereka ya kawan-kawan. Hari Guru ni ada objektif dia..
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Logo Hari guru

Ni pula Ikrar Hari Guru..

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

So, itu seja yang aku mau share. Jadi guru best k? Walaupun sejujurnya aku belum mencintai profession nie sepenuh hati *cewaaah~hahaha* tapi aku akan cuba. Nda kenal maka nda cinta kan? Lagipun best apa jadi cikgu. Boleh dapat hadiah banyak setiap tahun. pertama time Hari Jadi, kedua time Hari ibu *ehem..haha* and ketiga time Hari Guru. :D

Kepada bakal-bakal cikgu di luar sana, marilah kita sama-sama berusaha memartabatkan kerjaya kita and berusaha untuk jadi cikgu yang baik dan berjaya. :) Cabaran kita makin banyak and kita mesti kuat untuk hadapi semua tu. SELAMAT HARI GURU!






✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Info: Siapa dia Tardar Sauce?

Assalammualaikum..

Siapa dia Tardar Sauce?
Kamu kenal? Nda?
Ok. Kalau Grumpy Cat?
hahhhh..kenal kan?

Tardar Sauce atau lebih dikenali sebagai Grumpy Cat ni bukan kucing biasa k. Kucing ni selebriti internet! naa.. amik kau! kucing boleh jadi selebriti. yang kau apa? haha. :p

Umur dia baru mau masuk 1 tahun lebih. Birthday dia 4 april 2012. Baby masih kan? Kenapa dia kena panggil Grumpy cat? Pasal muka dia.. facial expression dia tu.. dia begitu pasal dwarfism , bukan sengaja buat muka gitu. hoho

Grumpy Cat ni ada tuan. Nama dia Tabatha Bundesen. Grumpy Cat ni ada adik lelaki..or abang..eh..mungkin. haha. Nama dia Pokey. Ironinya, Grumpy Cat ni nda Grumpy. Yang grumpy tu si Pokey. 

Aku ketawa-ketawa tengok meme Grumpy Cat ni. Nampak kejam tapi aku rasa dia comel~ aww~ hoho
So, meh aku share meme-meme Grumpy Cat ni. ^^

















COMEL KANNNN? Aku sukaaaaaaaaa kucing ni. hihi. Banyak lagi gambar dia di Google. Cari la kalau rajin..hihi So, mana satu gambar favorite kamu? :D

Kmau boleh juga pergi web dia.. amboi..kucing zaman sekarang~ada web sendiri~wuuu




✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Berubah

Assalammualaikum.. :)
Tadi, tengah baring-baring sambil buat nota, aku terasa macam mau tulis entry pula.. Tadi aku blogwalking la dengan happynya, then aku sedar, cara aku menulis entry aku ni mungkin siok dibaca oleh aku sendiri, tapi orang lain? sudahlah aku menulis macam aku bercakap, ayat pula ntah apa-apa.. Pembaca blog aku mungkin bukan dari Sabah ja. So aku decide untuk ubah cara aku menulis.

Nope. Bukannya aku nda hargai bahasa Sabah ka apa, tapi aku ndamau blog aku ni jadi tempat aku syok sendiri.. *padahal memang syok sendiri*. Tapi at least aku mau tunjukkan kematangan dalam penulisan aku ni. Matang sikit pun ndapa. Asalkan ada. hihi

So, lepas ni entry aku akan berbentuk beginilah. haha. aku pun mau kurangkan tulis entry yang merapu-rapa ni. Bila baca balik, rasa bengong pula. Tapi ndapa. Aku ndakan padam entry lama tu. Bukti yang aku ni bengong dulu.. *and mungkin sekarang..tapi akan dikawal. ihihi*

Aku mau, bila orang baca entry aku dorang akan dapat sesuatu. dapat ilmu ka..apa ka..rasa menyampah ka..ndapa. yang penting dorang rasa sesuatu. hihi

Ok. Tue ja.
Welcome to new Aten! :D
✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...