ツ AtenTohirah

- BLOG DALAM PROSES D MAKEUP KAN. -

Biar manja jangan derhaka.

Assalammualaikum.. (entry ini telah berkubang selama beberapa minggu di lappy)
Rajin pula aku update blog kebelakangan ni kan? Hehe. Time-time mau dekat exam ni la pula datang rajin mau buat entry. Hihi..

Sekarang study week and instead of study di hostel, aku study di rumah. Lebih selesa. Aku ni bukannya jenis study group punya orang. Aku suka suasana yang sunyi and selesa. Kalau di bilik, bukan la nda selesa, Cuma..kurang selesa kot.masing-masing ada cara belajar yang sendiri kan.. Oh ya. Aku ni boleh dikatakan setiap minggu pulang rumah kecuali ada aktiviti asrama. Tapi kadang-kadang aku nda kisah pun. Selalunya aktiviti hari sabtu kan. So abis aktiviti tu aku pulang la rumah. Ahadnya aku pulang la balik p hostel. Hoho. Bukan jauh sangat pun. Lebih kurang 45km gitu ja pun..

Sebenarnya, aku rajin pulang rumah pasal aku mau spend masa dengan family. Dulu time sekolah, nda sabar ni mau tinggal jauh dari family. Biasalah. Kalau di rumah ni kena leter la..kena suruh buat kerja rumah..  haha…tapi bila sudah tinggal jauh dari family, baru rasa sunyi..

Aku rasa ni la peluang aku manja-manja dengan parent aku sebelum aku kawen. Hihi. Kamu mau tau, mama selalu suruh aku cabutkan uban dia. Dari aku sekolah rendah sampai la sekarang. Hehe. Asal ja aku pulang rumah, tu la benda pertama mama suruh buat. Kadang-kadang Nadia yang cari Cuma Nadia ni cepat penat..aku kadang-kadang sejam juga la belek-belek rambut mama tu.haha..Satu benda yang buat aku sedih, kalau dulu, susah mau cari uban mama. Sangat susah. Muda kan.. tapi sekarang, senang ja jumpa uban mama. Tengok sini, eh ada uban. Tengok sana, eh uban lagi..

Sebagai anak kan, aku rasa sedih la. Makin berumur pula mama aku ni. :’( Mama nda la tua mana Baru 45tahun. Tapi still, aku rasa sedih la.haha. dengan umur begitu, mama patut rehat. Nda payah kerja sampai malam. Jam 5 begitu boleh sudah balik. Tapi instead of balik awal and berehat, mama pilih untuk kerja lebih masa. Sudah la kerja mama tu susah. Aku selalu la marah.. “tiada orang lain ka boleh buat?” “kenapa mama ja yang kena suruh buat?” tapi mama punya jawapan, jawapan yang redha ja.. “Apa boleh buat. Suda kerja mama. Belajar la kamu bagus-bagus supaya kamu nda jadi kuli macam mama”. Walaupun aku ni ganas, haha…tapi dalam hati ada taman permainan tau nda? Sedih dengar mama cakap gitu. Mama kerja kerani. Tapi banyak betul kerja. Kadang-kadang mama bawa pulang rumah. Aku tolong la sikit-sikit. Tapi anaknya ni cincai. Kalau buat kerja nta papa jadi. Haha..

Mama kerja 6 hari seminggu. Sudah penat d ofis, pulang rumah kena masak lagi..cuci kain lagi..jaga anak buah aku c Danish lagi.. Kesian mama..

Jadi selalunya hujung minggu aku pulang, aku tolong la cuci kain ka..kemas rumah..ala, kerja biasa yang budak pompuan kena buat. Haha. Kecuali memasak bab tu aku failed. Haha.
Semalam aku cari-cari uban mama…terus mama cakap, dia penat d ofis..jdi bila di rumah mau juga kena layan macam di spa. Haha. Dia suruh aku belajar cuci muka macam di salon tu. Nanti aku belajar. Hihi.
Bukan mama ja yang penat untuk cari duit untuk kami. Abah pun sama. Abah ulang-alik naik kereta dari Papar p KK. Lebih kurang 90km la pulang balik. Pegi keja awal pagi. Pulang pula malam. Jam 8 lebih. Aku pernah ikut abah sekali. Pegi hostel pagi and pulang petang. Walaupun aku penumpang, aku rasa penat juga. Tu baru sehari. Abah bertahun-tahun suda drive gitu pergi keja. :’( Tapi bila sampai rumah, abah masih bleh layan Danish bermain.. Kalau dikira dengan jari, berapa jam ja masa abah untuk berehat?

Macam keluarga yang normal, ada masalah kadang-kadang yang kita nda dapat elak. Aku pernah bergaduh dengan mama pasal aku nda dapat pegi UiTM Kedah untuk amik asasi law. Aku ndatau apa difikiran aku time tu. Aku kecewa pasal jadi peguam memang cita-cita aku. Undang-undang memang minat aku. Abah nda marah. Cuma satu benda ja dia cakap.. 

“Abah minta maaf pasal nda dapat hantar kau belajar undang-undang”. 

Sedih betul aku time tu. Kenapa juga aku pentingkan diri time tu? Ya, dorang mampu hantar aku p sana. Boleh bagi aku belanja. Aku mungkin senang hati dapat belajar law. Tapi yang kerja lebih masa..yang perah keringat untuk tanggung belanja aku seiapa? Mama and abah. Sedangkan aku ada adik-adik yang masih belajar bawah aku. Kenapa time tu aku nda piker tu and kasi sakit hati mama abah aku? T_______T
Kadang-kadang, aku ndamau berjoli d KK. Haha. Pasal tugas aku untuk belajar. Enjoy enjoy juga. Tapi kena ada had. Kadang-kadang time berjoli aku teringat mama abah yang time tu mesti tengah buat kerja walaupun penat. Anak dia pula pergi berjoli. Durhaka betul! Mama abah penat cari duit, kau senang-senang tabor duit. *tarik telinga sendiri*


Salah satu sebab kenapa aku masuk IPG pasal tu harapan mama abah aku. Untuk aku jadi cikgu. Aku applied dua kali. Tahun 2010 sama 2011. Kedua kali baru aku dapat. Menangis aku sama mama berpeluk time aku dapat IPG. Walaupun aku nda la 100% rela hati masuk IPG, tapi aku tengok mama abah bangga ja cerita sama kawan-kawan pasal aku and adik-adik aku. Jadi bagi aku, ndapa la tu. Hoho..

Bila tengok mama abah kerja penat-penat, aku cakap dengan diri aku sendiri.. “5 tahun akan datang, mama abah ndakan penat begini. Mama sama abah nda payah kerja lebih masa untuk tanggung kami. Aku akan buat mama and abah senang. Tunggu ja. Nda lama lagi aku habis belajar..” wah. Bermonolog sendiri. Pengaruh cerita indon la ni. Ishish..

Family kami ne sederhana hidupnya. haha. Sedang-sedang. Tapi aku mau buat mama abah senang. Bkan dari aspek material semata.. esehh.. haha. Aku mau belajar bagus-bagus. Graduate dengan cemerlang. Mau buat mama abah menangis bangga tengok aku genggam ijazah di tangan. 

That is why, aku nda kisah pulang setiap hujung minggu..aku nda kisah kena cakap anak manja ka apa.. aku Cuma mau spend masa dengan family aku. Walaupun kadang-kadang kena marah-marah, tapi biar la. Kena marah untuk jadi orang yang berguna kan?


Ok la. Panjang pula entry aku kali nie. Mau sambung study ni… hihi. Doakan aku dapat keputusan yang ok-ok untuk exam aku ni yep.. TTFN, Ta ta for nowww~ *lambai-lambai sambil lap air mata*

✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

No comments:

Post a Comment

Komen jangan nda komen~ Nda kan abis jua ink kamu kalau komen. Wehee~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...