ツ AtenTohirah

- BLOG DALAM PROSES D MAKEUP KAN. -

Info: Sejarah hari Guru di Malaysia

Assalammualaikum..


"Kami guru Malaysia, 
Berikrar dan berjanji.
Mendidik dan memimpin,
putera puteri negara kita~"

Hah. Lagu ni la yang selalu aku and budak-budak IPG seluruh Malaysia nyanyi setiap kali perhimpunan. Hah? perhimpunan? Iya.. Ingat kami tiada perhimpunan ka? haha. Kan kami dilatih jadi cikgu.. Mau biasakan diri kot.. So murid-murid, jangan asyik complain pasal perhimpunan k? Cikgu-cikgu kamu dulu pun pergi perhimpunan *walaupun terpaksa..zzz..*

Oleh kerana aku bakal guru *insyaALLAH* jadi aku share pasal Hari Guru la yep. ^^

Hah. Pernah kamu terfikir ka kenapa Hari Guru kena sambut 16 Mei setiap tahun? Nda kan? Aku pun nda pernah terfikir. Dulu time sekolah, yang aku tau kalau Hari Guru best pasal kau dapat tengok guru-guru berkaraoke.. emm.. ada yang suara dia best macam penyanyi..and ada yang patut stay mengajar and bukan menyanyi. hahahah :p

16 Mei 1956: Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


So, pasal tu la tarikh 16 Mei ni dijadikan Hari Guru di Malaysia. :)

Hari Guru ni bukan dibuat ikut suka-suki mereka ya kawan-kawan. Hari Guru ni ada objektif dia..
  • Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  • Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  • Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  • Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  • Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  • Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Logo Hari guru

Ni pula Ikrar Hari Guru..

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

So, itu seja yang aku mau share. Jadi guru best k? Walaupun sejujurnya aku belum mencintai profession nie sepenuh hati *cewaaah~hahaha* tapi aku akan cuba. Nda kenal maka nda cinta kan? Lagipun best apa jadi cikgu. Boleh dapat hadiah banyak setiap tahun. pertama time Hari Jadi, kedua time Hari ibu *ehem..haha* and ketiga time Hari Guru. :D

Kepada bakal-bakal cikgu di luar sana, marilah kita sama-sama berusaha memartabatkan kerjaya kita and berusaha untuk jadi cikgu yang baik dan berjaya. :) Cabaran kita makin banyak and kita mesti kuat untuk hadapi semua tu. SELAMAT HARI GURU!






✿ Terima kasih daun cili, laen kali datang lagi (─‿‿─)

No comments:

Post a Comment

Komen jangan nda komen~ Nda kan abis jua ink kamu kalau komen. Wehee~ :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...