Assalammualaikum..
Hurm.. Kebelakangan ne aku nampak banyak sangat status n komen2 tentang Sabah kena print screen. Penat jua kadang2 baca komen2 and status tue. Actually, apa masalah kita ne?.. Salah siapa? Sabahan ka?.. Atau pihak di sebelah sana?.. Bingung aku. Mula2 baca, memang aku sakit ati. Geram. Tapi lama2 aku penat ne.
Malaysia lama suda merdeka, tapi mentaliti masih gitu2 seja. Kita nampak ja macam negara aman, hakikatnya nda. Malaysia banyak penyakit batin. Tapi kita nda nampak or sengaja nda nampak. Kita rasa, kita lagi aman berbanding Syria, Palestine. Kenapa? Pasal d Malaysia tiada bom bom segala. Tiada tembak menembak. Yang ada apa? Pembuangan bayi, rasuah, pelacur, pecah amanah... Tapi kita masih lagi perasan bagus. Perasan aman. >< Ok. Agak offside d sana tapi apa yang aku cuba tuk sampaikan ialah kita semua perasan bagus. Aku, kau, dia.. SEMUA!
gambar teda kaetan. Harap maaf.. |
Orang peninsular rasa dorang lagi bagus pasal mungkin dorang maju berbanding Sabah.
Sabahan rasa dorang lagi bagus dari peninsular pasal Sabah banyak hasil hutan dan sebagainya..
Lepas tue post sana FB..post d blog..
Cakap itu jahat,ini jahat..itu salah, ini salah...
Benda ne macam kudis tau nda? Lama2 makin teruk. Nda mustahil kita berpecah belah. Kamu mau sia-siakan perjuangan datuk nenek kita dulu? Dorang berjuang and berkorban nyawa untuk apa? Untuk kamu sia-siakan kemerdekaan yang kita dapat ne?
Jangan jadi budak-budak. Jangan bha cepat melatah. Aku nda paam betul orang yang buat semua ne. Yang komen and status dia cuba untuk menjatuhkan negeri or bangsa lain. Pasal tue kita nda majumaju! Pasal tue kita masih d belakang. Orang putih sana sibuk2 belajar benda baru.. Kaji itu ini.. Buat robot untuk maju. Tapi orang kita? Sibuk d FB.. Kutuk sesama sendiri.. Dia kutuk kau. Kau kutuk dia balik. Sama ja teruk kamu...
Ya. AKu Sabahan. Aku 100% Sabahan. Lahir dan membesar d Sabah. Tapi kita nda payah la kutuk2 mereka yang kutuk kita. Bagus lagi kita sama2 majukan Sabah ne. Kita buktikan sama dorang yang dorang salah. Bukan berperang d FB. Tolonglah. AKu bukan mau back up orang yang cakap Sabah itu ini tapi cuba la jadi matang. AKu nda la matang sangat. HAHA. Tapi kamu pikir bha, kutuk mengutuk d FB ndakan bagi apa2. Dorang kutuk kita. Kita kutuk dorang balik. Kutuk mengutuk ja la kita sampai bila2! Kutuk2 tue buat kita maju ka?? Nda kan?... -.-
Kamu nda rasa ka mungkin ne agenda pihak tertentu tuk jatuhkan Malaysia? Yang mau pecah belahkan kita semua? Betul2 la dunia mau kiamat suda. Fitnah sini sana.. hurmm...
Kalau kamu jumpa status yang mengutuk Sabah, nda payah la bha print screen segala. Mungkin kamu geram and mau bagi pengajaran dengan dorang tapi kamu nda sedar benda tue bagi negative effect. Rasulullah SAW dulu bila kena kutuk ka apa..ada ka baginda kutuk balik orang tue? Ada ka baginda pegi sebar sana sini pasal baginda kena kutuk? Teda kan. Oh. Mungkin ada yang cakap, Nabi Muhammad SAW lain. Dia penyabar. Tapi nda boleh ka kita tiru baginda? Daripada kasi heboh2 tue benda, baik kau berdoa. Kalau betul kau nda puas ati, inbox tue orang. Tapi jangan maki2. Cakap bagus2... Pasal bila kau maki2 seolah2 orang Sabah ne kuat memaki gitu. D sana, dorang ada point lagi mau guna untuk kutuk sabah. Ya nda? Kita mesti bagi imej positif untuk Sabah. Oke?
Sedih tengok bangsa Malaysia kutuk mengutuk. Kalau gini, senang ja kita kena jajah balik..hurm..
P/S: Ini semua pendapat aku. Suda namanya pendapat. Mungkin ada yang nda setuju dengan aku tapi nda pa la. (:
Marilah bersama serta maju jaya, Sabah negeri merdeka~
itu org yg tak reti bersyukur.huhu
ReplyDeletedtg komen lg
ReplyDeletehaha.Hye edy~~ ^^v
ReplyDeletejalan-jalan cari update baru lg.hehehe
ReplyDeletehaha..terima kasih sal jalanjalan d sini.. Jemput makan... buat a macam bog sendiri~ hihi
ReplyDelete